Pendidikan warisan ketamadunan melayu: satu tinjaun perlaksanaan di muzium Negeri Terengganu

Muhammad Khairul Azmi Mahmud, (2011) Pendidikan warisan ketamadunan melayu: satu tinjaun perlaksanaan di muzium Negeri Terengganu. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Penulisan ini merupakan hasil kajian ilmiah penulis tentang Pendidikan Warisan Ketamadunan Melayu: Satu Tinjaun Perlaksanaan Di Muzium Negeri Terengganu. Persoalan yang akan ditinjau ialah bagaimana proses pendidikan muzium itu berlaku dan apakah manfaatnya daripada pendidikan tersebut. Berdasarkan kajian penulis, didapati Muzium Negeri Terengganu memainkan peranan dalam mendedahkan pendidikan warisan kepada masyarakat. Selain itu juga, pendidikan muzium mampu melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri dan peka terhadap kepentingan institusi muzium. Melalui pameran, aktiviti, dan program yang dilaksanakan oleh pihak muzium, pengkaji melihat Muzium Negeri Terengganu merupakan sebuah institusi yang Berjaya menyampaikan mesej sejarah ketamadunan kepada masyarakat, khususnya memberikan pendidikan berkaitan sejarah warisan ketamadunan Melayu. Hal ini jelas dapat dilihat dalam objektif penubuhan muzium itu sendiri. Muzium Negeri Terengganu merupakan sebuah kompleks muzium yang terbesar di Asia Tenggara yang mempamerkan pelbagai bukti tinggalan sejarah ketamadunan masyarakat lampau untuk tatapan generasi kini dan seterusnya. Muzium ini juga berperanan sebagai gedung yang menyimpan khazanah warisan agar terus terpelihara demi kepentingan bersama.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Y.Bhg. Dato' Adi Bin Hj. Taha
Programme: Muzium dan Arkib
Deposited By: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 17 Nov 2013 14:01
Last Modified: 17 Nov 2013 14:01
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2129

Actions (login required)

View Item View Item