Busana pengantin

Norailah Abdul Sahak, (2011) Busana pengantin. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Kajian dibuat ke atas rekaan pakaian pengantin tradisional Melayu yang kini telah dipengaruhi oleh unsur-unsur asing. Pakaian pengantin merupakan satu pakaian yang penting pada masa sekarang ini. Kebanyakkan pakaian pengantin pada zaman ini telah banyak dipengaruhi unsur-unsur asing dan budaya masyarakat luar menyebabkan elemen-elemen warisan dalam rekaan pakaian pengantin ditinggalkan. Masyarakat Melayu juga lebih gemar memperagakan pakaian pengantin yang mempunyai unsur asing daripada unsur melayu. Hal ini menyebabkab pengkaji berminat untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan pengkaji berminat untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan penularan unsur asing dalam pakaian pengantin masyarakat melayu dan mengenal pasti pakaian yang berunsurkan warisan Melayu. Di samping itu, pengkaji membuat rekaan dan corak baru pakaian pengantin yang mempunyai elemen warisan. Pengkaji menggunakan beberapa kaedah kajian iaitu kajian kepustakaan dan kajian lapangan bagi memperoleh maklumat yang dikaji.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Prof. Madya Mohamad Najib Bin Nor
Programme: Tekstil dan Fesyen
Deposited By: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 17 Nov 2013 14:00
Last Modified: 17 Nov 2013 14:00
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2124

Actions (login required)

View Item View Item