Osman Senawi, (2011) Pengurusan koleksi muzium kajian kes di Jabatan Muzium Sarawak. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)
Full text not available from this repository.Abstract
Kertas ilmiah ini cuba mengkaji aspek pengurusan koleksi yang mana kajian kes telah dijalankan di Jabatan Muzium Sarawak. Persoalan yang akan ditinjau ialah bagaimana proses atau kaedah pengurusan koleksi bagi Jabatan Muzium Sarawak dari peringkat perolehan sehinggalah ke peringkat penyimpanan dan penyebaran maklumat koleksi. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah pendekatan kualitatif. Kaedah penulisan yang digunakan pula adalah analisis diskriptif. Kaedah ini digunakan bagi menghuraikan secara terperinci hasil kajian yang telah diperolehi. Dengan menggunakan data primer yang diperolehi melalui temubual ke atas pegawai dan staf muzium dan juga tinjauan lapangan, suatu analisis data disusun dan dihuraikan ke dalam bentuk penulisan untuk mengetahui kaedah pengurusan koleksi Jabatan Muzium Sarawak. Seterusnya kajian ini cuba memberikan cadangan yang dianggap relevan sebagai rujukan dan rundingan untuk kajian seterusnya.
Item Type: | Undergraduate Final Year Project Report |
---|---|
Faculty: | Faculty of Creative Technology and Heritage |
Depositing User: | Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda |
Date Deposited: | 18 Nov 2013 10:29 |
Last Modified: | 18 Nov 2013 10:29 |
URI: | http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2095 |
Repository Statistic: | View Download Statistic |
Actions (login required)
![]() |
View Item |