Unsur alam dalam pantun melayu

Nor Ilani Awang Omar, (2010) Unsur alam dalam pantun melayu. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Pantun merupakan satu khazanah bangsa yang mempunyai nilai yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu. Kajian ini melihat unsur alam melibatkan unsur flora, unsur fauna dan unsur kosmologi. Pantun Melayu merupakan puisi Melayu lama yang membuktikan keakraban masyarakat Melayu dengan alam dan budaya hidup seperti aspek kesedihan, cinta, sindiran pantun, keterikatan makna, pemilihan kata di dalam pantun, unsur-unsur yang terdapat di dalamnya dan menerangkan mesej atau pemikiran orang Melayu melalui kebanyakan puisi tradisional seperti pantun. Pantun-pantun Melayu banyak menggunakan unsur alam di dalam pembentukan dan pembinaannya kerana unsur alam amat akrab dengan masyarakat Melayu. Dalam erti kata lain, orang-orang Melayu kerapkali mengambil benda-benda di sekeliling mereka untuk melambang atau menggantikan sesuatu maksud. Lambang-lambang ini amat universal dengan maksud pantun supaya masyarakat Melayu faham akan unsur flora, unsur fauna dan unsur kosmologi yang digunakan. Pantun Melayu merupakan sebuah karya yang penuh dengan idea, pemikiran, falsafah dan ideology sekiranya ungkapannya bernas dan tajam maknanya. Maklumat dan data yang diperolehi berkaitan pantun Melayu dan unsur alam menggunakan reka bentuk kajian kualitatif iaitu kaedah kajian ke perpustakaan dan kajian teks. Semua data dan maklumat yang diperilehi dihuraikan secara diskriptif.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Dr. Syed Abdullah Bin syed Sulaiman
Programme: Pengajian Warisan
Deposited By: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 18 Nov 2013 09:36
Last Modified: 18 Nov 2013 09:36
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2081

Actions (login required)

View Item View Item