Nilai-nilai murni dalam lagu rakyat Terengganu

Rosyiha Sedik, (2010) Nilai-nilai murni dalam lagu rakyat Terengganu. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Lagu rakyat merupakan satu contoh tradisi lisan yang menggunakan puisi dan pantun sebagai liriknya. Lagu rakyat juga digambarkan sebagai satu identiti bagi sesuatu masyarakat dan juga bagi negeri itu sendiri. Lagu-lagu rakyat pada zaman dahulu dipersembahkan menggunakan gendang, rebana, atau tepukan tangan sebagai ritma. Lagu-lagu rakyat pada ketika itu dipersembahkan oleh seseorang yang bergelar penglipur lara. Masyarakat Melayu pada zaman dahulu menyanyikan lagu rakyat untuk mendidik anak-anak mereka tentang adab-adab serta nilai-nilai murni yang wajar diikuti. selain itu, lagu rakyat turut didendangkan untuk menghiburkan hati mereka. Objektif pengkaji dalam melakukan kajian ini ialah memperkenalkan lagu rakyat Terengganu, menggalakkan kajian yang lebih mendalam tentang lagu rakyat Terengganu serta menyedarkan pihak tertentu untuk merekod dan membukukan lagu rakyat Terengganu. Pengkaji Berjaya mengumpul sebanyak 17 buah lagu rakyat Terengganu. Kajian terhadap lagu rakyat ini diharap mampu membuka mata beberapa pihak tentang kesedaran memelihara lagu rakyat ini daripada pupus. Hal ini disebabkan lagu rakyat makin lama makin tiada orang berminat.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Dr. Syed Abdullah Bin Syed Sulaiman
Programme: Pengajian Warisan
Deposited By: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 18 Nov 2013 09:36
Last Modified: 18 Nov 2013 09:36
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2080

Actions (login required)

View Item View Item