Satu Kajian Terhadap Perbezaan Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu Di Pantai Timaur (Kelantan, Terengganu Dan Pahang)

Nur Elida Ab'llah, (2010) Satu Kajian Terhadap Perbezaan Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu Di Pantai Timaur (Kelantan, Terengganu Dan Pahang). Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu daripada zaman turun temurun bagi menggambarkan identiti masyarakat Melayu pada ketika itu. Namun pada zaman sekarang. Tidak semua orang mengetahui apakah adat perkahwinan Melayu yang sebenar. Terdapat beberapa peringkat penting didalam sesuatu majlis perkahwinan masyarakat Melayu yang perlu diketahui oleh semua masyarakat. Didalam kajian ynag dibuat adalah berkaitan adat perkahwinan masyarakat melayu di pantai timur iaitu di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Bagi ketiga-tiga negeri tersebut dapat dilihat perbezaan yang diamalkan sekarang jauh lebih berbeza dengan adat perkahwinan yang asal. Bagi menjalankan sesuatu adat perkahwinan perlulah melalui beberapa peringkat penting yang perlu diamalkan. Terdapat tiga peringkat penting didalam adat perkahwinan iaitu pada peringkat pertama adalah merisik, meminang dan menghantar belanja dan akad, pada peringkat kedua pula adalah berandam dan berinai, dan peringkat ketiga ialah peringkat adat yang di amalkan dapat dilihat perbezaan yang diamalkan oleh setiap masyarakat di Pantai Timur. Dengan pepatah melayu " biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat melayu. Terdapat banyak pepatah seta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu. Kebanyakkan adat adalah juga merupakan peraturan terhadap kehidupan sehari-harian, ia juga dipanggil ritual.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Prof Dr. Farok Bin Zakaria
Programme: Pengajian Warisan
Deposited By: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 18 Nov 2013 04:44
Last Modified: 18 Nov 2013 04:44
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2074

Actions (login required)

View Item View Item