Unsur kosmologi dalam peribahasa: satu kajian semantik

Nurulaim Asyikin Zakaria, (2010) Unsur kosmologi dalam peribahasa: satu kajian semantik. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dibuat keatas unsur kosmologi yang terdapat di dalam tujuh bentuk peribahasa. Objektif kajian adalah untuk mengetahui peranan peribahasa dan mengkaji makna kosmologi dalam peribahasa. Gabungan Kaedah Kajian Dalaman Tersurat dan Kaedah Kajian Dalaman Tersirat serta Pendekatan Analisis Naratif digunakan untuk melihat peranan dan sumbangan peribahasa kepada khalayak. Peribahasa berperanan sebagai alat membentuk humanistik, sebagai model bahasa, satu terjemahan bicara akal dan budaya masyarakat, hubungan manusia dengan alam melalui peribahasa, membentuk moral dan sebgai gambaran sosialbudaya. Manakala sumbangan peribahasa pula sebagai sumber hiburan, sumber ilmu (sosiobudaya, sosioekonomi, sosiopolitik, model bahasa, kritikan sosial), peribahasa dikaji secara mikro atau mikro dengan menggunakan reka bentuk kajian kualitatif. Maklumat-maklumat dikumpulkan dengan menggunakan kaeadah kajian kepustakaan dan kajian teks. Semua data dan maklumat yang diperolehi dihuraikan secara diskriptif. Untuk mendapatkan nilai, dan makna, elemen tersebut ditafsir dan dinilai berasaskan teori seni yang merangkumi nilai keindahan. Teori keindahan dan teori seni melihat dari aspek berlambang, bermakna, bersatu, berlawan dan berhalus. Teori estetika juga merupakan ilmu pengetahuan atau falsafah mengenai kecantikan yang terdapat didalam atau diluar kesenian. Estetika juga ialah cabang falsafah yang mengkaji konsep yang berkaitan dengan keindahan, cita rasa, dan lain-lain lagi. Dalam aspek bahasa pengkaji bersandarkan kepada kekayaan, keluasan dan kedalaman makna. Pentafsiran dan penilaian dibuat secara kualitatif dan dihurai secara deskriptif. Maklumat dan data diperoleh dengan kaedah kepustakaan dan kajian teks. Kajian kepustakaan merujuk kepada buku-buku, tesis, kertas kerja, jurnal dan akhbar yang memperkatakan tentang unsur kosmologi dalam peribahasa: satu kajian sematik sebagai sorotan kajian yang membantu pengkaji mendapatkan dan melihat sesuatu atau maklumat dengan lebih tepat.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Dr. Syed Abdullah bin Syed Sulaiman
Programme: Pengajian Warisan
Deposited By: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 18 Nov 2013 09:33
Last Modified: 18 Nov 2013 09:33
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2067

Actions (login required)

View Item View Item