Struktur adat perkahwinan masyarakat melayu di Kelantan, satu perbandingan antara empat daerah

Nur Mala Binti Mat Husain, - (2010) Struktur adat perkahwinan masyarakat melayu di Kelantan, satu perbandingan antara empat daerah. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Kajian yang dijalankan adalah berdasarkan adat perkahwinan Melayu di Kelantan. Kajian ini berfokuskan tentang struktur adat perkahwinan di Kelantan dan juga adakah persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam negeri Kelantan iaitu Daerah Kota Bharu, Daerah Bachok, Daerah Pasir Puteh dan Daerah Kuala Krai. Dalam bab yang pertama pengkaji lebih menceritakan tentang objektif kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, kaedah kajian, istilah yang digunakan dalam kajian dan juga masalah kajian yang dihadapi. Seterusnya dalam bab yang kedua, pengkaji lebih menumpukan kepada sorotan kajian. Di mana pengkaji mengambil dan juga memetik kajian-kajian yang pernah dijalankan oleh pengkaji terdahulu berkaitan dengan adat perkahwinan ini. Dalam bab dua juga, Pengkaji menceritakan sedikit mengenai Negeri Kelantan dan masyarakatnya. Dalam bab ini juga, pengkaji memasukkan struktur adat perkahwinan melayu Kelantan dan juga persedian-persedian yang dibuat sepanjang perjalanan majlis perkahwinan itu. pengkaji juga meyelit mengenai soal agama dan adat. Bab ketiga pengkaji menyatakan mengenai kaedah kajian. Daripada kaedah-kaedah inilah, pengkaji dapat menyiapkan kajian ini. Antara kaedah kajian yang pengkaji gunakan adalah seperti menemuramah, pengkaji melakukan pemerhatian di sepanjang majlis perkahwinan yang pengkaji ikuti. Pengkaji juga merujuk buku-buku dan majalah untuk menambahkan lagi maklumat mengenai adat perkahwinan ini. Bab seterusnya adalah bab empat iaituberkaitan dengan dapatan kajian. Dalam bab empat ini pengkaji mengumpul dan menganalisis segala data yang diperolehi. Dalam bab empat ini mengandungi pandangan responden dan amalan-amalan atau upacara yang diadakan dalam majlis perkahwinan. Dalam bab ini juga pengkaji menumpukan kepada daerah yang telah dipilih dan pengkaji membuat perbandingan struktur adat perkahwinan di empat daerah tersebut. Selain itu juga, dalam bab empat ini, pengkaji menyatakan juga mengenai adat yang diamalkan serta adat yang tidak diamalkan lagi di keempat-empat daerah tersebut. Bab yang terakhir adalah bab lima, dalam bab ini pengkaji menyatakan mengenai cadangan bagi mengekalkan adat perkahwinan ini serta kesimpulan yang dibuat berdasarkan kajian.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Prof.Dr. Farok Bin Zakaria
Programme: Kesusasteraan
Deposited By: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 18 Nov 2013 02:04
Last Modified: 18 Nov 2013 02:04
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2057

Actions (login required)

View Item View Item