Masjid Kampung Laut: Kajian Terhadap Struktur Dan Falsafah Senibina

Shahruniza Zainal Abidin @ Mohamed, (2010) Masjid Kampung Laut: Kajian Terhadap Struktur Dan Falsafah Senibina. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Setiap Negara di dunia mempunyai seni bina warisan yang menjadi peninggalan yang amat berharga kepada generasi masa kini dan masa akan dating. Seni bina warisan dunia termasuklah bangunan-bangunan bersejarah yang dilihat mempunyai nilai warisan yang cukup tinggi. Di Malaysia, terdapat satu seni bina yang cukup tinggi nilai warisannya yang pada suatu ketika dahulu sangat dibangga-banggakan sehinggakan menjadi pencetus kepada peradaban sesuatu bangsa. Di Malaysia, salah satu seni bina yang membawa kepada peradaban sesuatu bangsa ialah seni bina Islam iaitu seni bina Masjid Kampung Laut. Seni Bina ini dikatakan pencetus kepada penyebaran Islam di negeri Kelantan dan dengan adanya masjid inilah bertapaknya Islam di Kelantan. Dan tujuan kajian ini dilakukan terhadap seni bina Masjid Kampung Laut adalah bagi melihat dengan lebih dekat sejarah asal-usulnya. Seperti yang kita ketahui juga, kebanyakkan masyarakat pada hari ini tidak lagi mengendahkan nilai warisan yang ada malah tidak pernah menghargainya. Tujuan kajian ini juga bagi memberi pendedahan kepada pembaca dalam melihat nilai warisan serta keunikan yang ada dalam seni bina warisan ini.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Prof. Madya Mohamad Najib Bin Hj. Md Nor
Programme: Pengajian Warisan
Deposited By: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 18 Nov 2013 02:00
Last Modified: 18 Nov 2013 02:00
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2041

Actions (login required)

View Item View Item