Dabus: satu kajian intrinsik

Samsidah Kulop Mat Nasir, (2010) Dabus: satu kajian intrinsik. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Malaysia sangat terkenal dengan tarian tradisional yang pelbagai kategorinya mengikut negeri-negeri yang berada di seluruh Malaysia. Pengkaji menjadikan tarian tradisional dari negeri kelahirannya iaitu tarian dabus sebagai satu kajian intrinsik. Namun, tarian ini telah dipinggirkan dari kacamata masyarakatnya kini yang lebih kepada dunia hiburan yang terkini dan moden. Oleh yang sedemikian pengkaji telah membuat penyelidikan yang berteraskan tarian dabus dari satu sudut pandangan nilai intrinsik yang terlihat di sebalik kesenian tarian dabus ini. Tarian dabus merupakan tarian yang melibatkan pelbagai sudut seni yang bercirikan kepada tarian yang menguji tahap kepahlawanan zaman silam. Objektif kajian ini merujuk kepada mengenali sejarah tarian dabus di negeri Perak serta peranan tarian dabus ini sama ada tarian ini turut terlibat di dalam menyumbangkan sosiobudaya dalam masyarakat negeri Perak dari lagu-lagu dan juga zikir zanji yang dilaksanakan ketika persembahan dari segi struktur persembahan mahupun di dalam pantang larangnya. Melalui skop ini, maka pandangan-pandangan daripada sarjana timur dan barat digunakan dalam menilai tarian dabus ini dari segi nilai intrinsiknya. Teori keindahan dijadikan salah satu pegangan di dalam mencari nilai intrisik tersebut yang diperolehi juga turut melalui proses yang melibatkan kaedah penyelidikan yang merangkumi pengumpulan data yang dianalisis terlebih dahulu. keunikan dabus dapat dilihat dari pelbagai aspek keindahannya. Maklumat yang diperolehi dikaryakan di dalam dapatan kajian dan diterjemahkan darisegi sudut intrinsik iaitu bermula daripada struktur persembahan, lagu atau versi dan pantang larang. Melalui tiga pegangan ini, maka tarian dabus dilihat darisegi teori kaindahannya. Dabus satu kajian intrinsik dilihat bahawa tarian ini telah membawa seribu makna dan mempunyai kegunaan dalam kehidupan manusia di persekitarannya bagi mengekalkan tarian dabus ini daripada terus pupus dan di telan arus permodenan. Maka setiap lapisan masyarakat memainkan peranan penting di dalam menjaga khazanah dan warisan Negara.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Dr. Syed Abdullah Bin Syed Sulaiman
Programme: Pengajian Warisan
Deposited By: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 18 Nov 2013 01:57
Last Modified: 18 Nov 2013 01:57
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/2003

Actions (login required)

View Item View Item