Kajian terhadap fungsi dan makna aksesori orang asli

Mohd Redzuan Ab Halim, (2010) Kajian terhadap fungsi dan makna aksesori orang asli. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Sumber alam merupakan teras utama di dalam kehidupan seharian masyrakat Orang Asli. Kebudayaan serta kesenian masyarakat Orang Asli begitu rapat dengan sumber alam yang terdapat di persekitaran mereka serta dari kosmologi masyarakat Orang Asli sendiri. Penghasilan alatan seperti aksesori yang digunakan oleh Orang Asli merupakan contoh kepada betapa rapatnya masyarakat Orang Asli dengan sumber alam di dalam kehidupan harian mereka. Aksesori yang dihasilkan oleh Orang Asli seperti sikat rambut, sumpit, rantai dan topeng merupakan penterjemahan dari masyarakat Orang Asli berkaitan dengan kosmologi mereka. Setiap aksesori yang dihasilkan mereka memiliki kegunaan serta makna yang tersendiri, baik secara tersirat ataupun tersurat. Selain dari aksesori yang dihasilkan oleh kaum Orang Asli, ukiran yang berbentuk motif yang dilakarkan pada aksesori Orang Asli juga memiliki tujuan yang tersendiri, bukan sekadar hanya untuk mencnatikan aksesori sahaja. Pemahaman yang lebih jelas berkaitan kehidupan Orang Asli akan membuatkan masyarakat sedar betapa pentingnya kewujudan Orang Asli di Negara ini selaku masyarakat terawal yang menetap di negaraa ini.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Dato' Dr. Adi Bin Haji Taha
Programme: Pengajian warisan
Deposited By: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 18 Nov 2013 01:56
Last Modified: 18 Nov 2013 01:56
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/1994

Actions (login required)

View Item View Item