Ukiran Perak: satu kajian terhadap rekabentuk barangan seni ukiran perak di Kelantan dan penerimaan masyarakat terhadapnya

Nik Nurfazlinda Nik Lah, (2010) Ukiran Perak: satu kajian terhadap rekabentuk barangan seni ukiran perak di Kelantan dan penerimaan masyarakat terhadapnya. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Kajian mengenai rekabentuk barangan ukiran perak ini bertujuan untuk menonjolkan salah satu bidang warisan kesenian Melayu yang masih wujud di Negeri Kelantan. Barangan ukiran perak Kelantan mempunyai keunikkan dan kelainan yang tersendiri berbanding di Negeri lain. Perusahaan warisan ukiran perak di Kelantan ini hidup sebagai kegiatan ekonomi yang kian maju. Kajian penyelidikan ini bermula dengan sejarah pertukangan perak yang mana telah wujud sejak beratus tahun dahulu lagi namun perubahan masa telah menyebabkan tukang-tukang pertukangan tangan ini kurang mendapat sambutan dari masyarakat generasi sekarang. Pelbagai rekabentuk barangan perak yang menarik dan cantik dengan ukiran motif lama dan baru telah menyebabkan pengkaji menjalankan kajian terhadap rekabentuk barangan perak dari pelbagai jenis barangan perak yang masih ada di pasaran kawasan Kota Bharu. Dalam keseluruhan bab ini, pengkaji lain turut membincangkan tentang kajian terdahulu yang telah dilakukan oleh pengkaji lain tentang keunikkan ukiran perak di Negeri Kelantan serta berkenaan dengan cara pembuatan barangan ukiran perak dan jenis-jenis ukiran perak yang terdapat di negeri tersebut. Dalam bahagian kaedah metodologi pula, pengkaji membincangkan tentang kaedah kualitatif atau kaedah kuantitatif. Dalam kajian bahagian ini, pengkaji menggunakan kaedah kajian kualitatif atau kauntitatif. Dalam kajian bahagian ini, pengkaji menggunakan kaedah kajian kualitatif dan kauntitatif. Kaedah kajian kaulitatif adalah mencari dan mengumpul bahan yang relevan dengan tajuk yang dikaji seperti istilah, konsep dan teori bagi menerangkan sesuatu fenomena dengan menggunakan kaedah ke perpustakaan, dan kajian teks. Kajian ke perpustakaan dan kajian teks merupakan kaedah utama bagi memperoleh data dan maklumat. Kajian perpustakaan merujuk kepada buku, tesis, kertas kerja, jurnal dan akhbar yang memperkatakan tentang ukiran perak Melayu sebagai sorotan kajian dan kajian kuantitatif pula merujuk kepada suatu kajian yang melibatkan nombor atau angka dalam mendapatkan hasil sesuatu kajian yang dijalankan tersebut. Bahagian analisis pula adalah merupakan dapatan kajian atau maklumat yang telah dikumpul oleh pengkaji sepanjang menjalankan kajian untuk dianalisiskan oleh pengkaji secara lebih terperinci. Dalam bahagian terakhir bab ini adalah kesimpulan dan cadangan yang dibuat oleh pengkaji berkenaan dengan penyelidikannya. Diharapkan dengan penyelidikan ini, ia dapat menyumbangkan ke arah perkembangan seni ukiran perak di Kelantan.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Prof. Dr. Farok Bin Zakaria
Programme: Pengajian Warisan
Deposited By: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 18 Nov 2013 01:44
Last Modified: 18 Nov 2013 01:44
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/1952

Actions (login required)

View Item View Item