Lukisan Gua: kepentingan terhadap penyelidikan arkeologi

Nor Roziman Jamain, (2010) Lukisan Gua: kepentingan terhadap penyelidikan arkeologi. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Peneyelidikan arkeologi terutamanya kajian mengenai lukisan dinding gua (Prehistoric Rock Art) sememangnya salah satu disiplin ilmu yang masih baru di Negara kita. Oleh itu pengkaji telah memilih bidang arkeologi tersebut sebagai pilihan tajuk untuk tesis ini. Kajian berkaitan dengan lukisan dinding gua di Malaysia sememangnya masih lagi baru dan kurang di buat penyelidikan. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah menetapkan kajian berkaitan dengan lukisan dinding gua ini dari segi pemuliharaannya, makan tersirat, motif, tujuan dan juga langkah-langkah pemuliharaan. Kajian ini juga menggunakan kaedah-kaedah kualitatif dimana kajian ini merupakan nilai-nilai data yang diketegorikan sebagai data bukan berangka. Dalam menyiapkan penyelidikan ini, pengkaji mendapatkan maklumat kajian melalui temuramah, kajian teks di perpustakaan yang merangkumi kaedah merekod, internet, rujukan melalui buku-buku dan lawatam ke tapak kajian (Gua Batu Cincin, Gua Lembing dan Gua Cha). Untuk mengelakkan kepupusan dan kemusnahan terhadap lukisan dinding gua sememangnya salah satu daripada tugas yang sukar. Langkah pemuliharaan yang dianggap sesuai perlulah dibuat bagi mengelakkan kepupusan. Selain itu persoalan berkaitan motif, makna dan juga pentarikhan yang tepat berkaitan dengan lukisan dinding gua ini perlulah dikaji bagi menjamin keunggulan dan kejayaan penyelidikan yang akan datang.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 18 Nov 2013 01:29
Last Modified: 18 Nov 2013 01:29
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/1944
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item