Kajian terhadap motif ukiran pada artifak melayu tradisional

Norhashimah Jusoh, (2010) Kajian terhadap motif ukiran pada artifak melayu tradisional. Undergraduate project report, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Seni ukir ialah seni pertukangan tangan yang merupakan budaya tradisi masyarakat Melayu Kelantan sejak zaman berzaman lagi. Tradisi ukir mengukir ini bukan sahaja menjadi satu kebanggaan kepada masyarakat yang menghasilkannya, malah ia merupakan satu daripada nilai masyarakat Melayu yang terulung. Dalam menghasilkan ukiran kayu motif adalah perkara utama dititikberatkan. Motif ialah unsur hiasan yang digunakan pada ukiran kayu. Motif pada ukiran kayu merujuk kepada bunga atau tumbuhan pada panel ukiran. Unsur bunga dan Tumbuhan yang digunakan pula kebiasaannya berada di sekeliling atau berhubung kait dengan masyarakat. Kajian ini memfokuskan berkaitan dengan motif ukiran kayu pada artifak Melayu tradisional. Dengan menggunakan kaedah kajian secara kualitatif pengkaji mengkaji motif-motif yang digunakan oleh pengukir pada artifak Melayu tradisional. Ukiran kayu bukan sahaja indah pada pandangan, tapi kaya dengan sejarahnya sendiri. Ukiran kayu bukan sahaja indah pada pandangan, tapi kaya dengan sejarahnya sendiri. Ukiran kayu itu adalah luahan kreatif pengukir yang turut mengambil kira faktor pengaruh budaya setempat. Dalam reka bentuk seni ukiran kayu Melayu, unsur-unsur ukiran dibahagikan secara sama rata. Di mana terdapat motif utama dan reka bentuk corak perlu diulangi di sekelilingnya. Keunikan seni ukiran Melayu dapat dihayati melalui gaya dan motif-motif yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan variasi.

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Supervisor: Prof.Madya. Mohammad Najib Bin Mohd Noor
Programme: Pengajian Warisan
Deposited By: Pn. Tengku Zuliana Tengku Muda
Date Deposited: 18 Nov 2013 01:28
Last Modified: 18 Nov 2013 01:28
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/1942

Actions (login required)

View Item View Item