Tradisi lisan dan pelancongan di Malaysia : satu saranan

Haron@Che Haron Daud, (2011) Tradisi lisan dan pelancongan di Malaysia : satu saranan. In: Festival & Seminar Kebangsaan Tradisi Lisan Dan Keusahawanan Warisan, 16-18 Okt 2011, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Bachok , Kelantan. (Unpublished)

[img]
Preview

Download (809Kb) | Preview

Abstract

Tradisi lisan mempunyai hubungan yang rapat dengan corak kehidupan, pemikiran dan kepercayaan masyarakat yang melahirkannya. Di antara tradisi lisan itu termasuk yang berbentuk ‘verbal’ meliputi persembahan rakyat seperti dikir barat, boria, wayang kulit, mak yong, selampit atau awang batil dan sebagainya, yang juga dikenali sebagai budaya popular. Pelancongan dalam konteks ini merupakan hal yang berhubung dengan orang yang melancong dan perkhidmatan yang diberikan kepada mereka. Dalam makalah ini penulis cuba memperlihatkan bentuk-bentuk tradisi lisan di atas sebagai bahan tarikan pelancong, sesuai dengan hasil kajian yang dibuat oleh A. Gafar Ahad (sekarang Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Warisan Kebangsaan) dan Nurwati Badarulzaman dari Universiti Sains Malaysia bahawa pelancongan warisan setanding dengan produk pelancongan lain di Malaysia, miskipun warisan yang mereka maksudkan lebih kepada bangunan lama dan tempat bersejarah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Kebudayaan tradisional melayu - Pelancongan di Malaysia
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 08 May 2012 18:06
Last Modified: 02 Oct 2012 11:28
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/180

Actions (login required)

View Item View Item