Penjenamaan tempat (Place Banding) dan faedah kepada sektor pelancongan

Mohd Fadil Mohd Yusof, and Mohd Rafi Yaacob, (2013) Penjenamaan tempat (Place Banding) dan faedah kepada sektor pelancongan. In: Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) VIII. Pusat Pengajian Ekonomi , Fakulti Ekonomi & Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, pp. 159-165. ISBN 2231-962X

[img]
Preview

Download (269Kb) | Preview

Abstract

Penjenamaan sesebuah tempat seperti kawasan bandar adalah kompleks kerana ia melibatkan kerjasama pelbagai entiti yang berasingan seperti kerajaan tempatan, pihak swasta dan komuniti setempat. Ianya penting bagi mencipta imej positif sesebuah destinasi atau tempat dan seterusnya merangsang aktiviti perniagaan terutama melalui sektor pelancongan yang semakin berkembang pesat. Melalui kaedah penjenamaan bandar yang efektif, ianya mampu mengubah persekitaran sesebuah bandar atau destinasi kearah yang lebih kondusif bagi merancakkan pembangunan ekonomi dan sosial penduduk. Pada masa yang sama, destinasi tersebut dapat menarik pelawat tempatan dan luar negara untuk melancong dan mendapatkan pengalaman berada di destinasi yang terkenal dengan imej yang ditonjolkan melalui proses penjenamaan ini. Justeru, kertas ini pertamanya membincangkan konsep penjenamaan bandar yang telah dipraktiskan oleh bandar-bandar yang terletak di negara-negara maju dan apa yang boleh dipelajari oleh Malaysia dalam hal ini. Ia juga memperkenalkan konsep penjenamaan bandar dan faedah kepada sesebuah tempat atau destinasi dalam konteks pembangunan pelancongan. Kertas ini mencadangkan penjenamaan bandar adalah strategi pemasaran yang sesuai bagi mencipta dan menyampai imej yang positif sesebuah destinasi kepada masyarakat tempatan mahupun global. Disamping itu, kertas ini juga meneliti konsep penjenamaan bandar dan membincang implikasi kepada kerajaan, sektor perniagaan dan juga potensi penyelidikan.

Item Type: Book Section
ISBN: 2231-962X
Keywords: Penjenamaan bandar - Pelancongan - Pembangunan destinasi pelancongan
Faculty: Faculty of Entrepreneurship and Business
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 01 Jul 2013 07:04
Last Modified: 01 Jul 2013 07:44
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/1744

Actions (login required)

View Item View Item