ELPIIC 2013 : usaha UMK perkenalkan Model MyRasch di kalangan penyelidik

Universiti Malaysia Kelantan, Pusat Hubungan Korporat dan Strategik (2013) ELPIIC 2013 : usaha UMK perkenalkan Model MyRasch di kalangan penyelidik. [UMK News]

[img]
Preview

Download (488Kb) | Preview
Official URL: http://www.umk.edu.my/rasmi/images/document/ELPIIC...

Abstract

Kota Bharu 26 Oktober - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Pusat Penyelidikan dan Inovasi Keusahawanan Global (GERIC), menganjurkan program ‘Evaluation of Learning for Performance Improvement International Postgraduate Colloquium’ (ELPIIC 2013) bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan, pada 25 hingga 26 Februari 2013. Program ELPIIC 2013 turut mendapat kerjasama ‘The Elsevier’ iaitu sebuah syarikat penerbitan jurnal terkemuka di dunia yang memberikan maklumat berkenaan produk dan perkhidmatan serta kajian dalam bidang saintifik, teknikal dan perubatan. Forum selama dua hari itu telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, YB. Senator Dato‘ Dr. Awang Adek bin Hussein, dengan objektif utamanya adalah untuk menjadikan ELPICC 2013 sebagai landasan terbaik kepada Universiti Malaysia Kelantan untuk terus aktif di dalam penerbitan jurnal di peringkat antarabangsa.

Item Type: UMK News
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 12 Mar 2013 12:54
Last Modified: 12 Mar 2013 17:12
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/1399

Actions (login required)

View Item View Item