Metodologi tatabahasa penjanaan dan transformasi : aplikasinya dalam ayat-ayat suci al-quran

Ahmad Zaki Amiruddin, (2012) Metodologi tatabahasa penjanaan dan transformasi : aplikasinya dalam ayat-ayat suci al-quran. In: Social Sciences Postgraduate National Seminar (SSPNS) 2012, 19 Nov 2012, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. (Unpublished)

[img]
Preview

Download (432Kb) | Preview

Abstract

Lapangan ilmu Linguistik telah berkembang pesat dan menjadi salah satu kemajuan dan pembaharuan ilmiah yang sangat menarik; yang mana dikaitkan secara ilmiah dengan Al-Quran, dengan memanfaatkan sepenuhnya kesungguhan berterusan yang ditunjukkan oleh para cendekiawan ulamak bahasa. Antara yang paling banyak diambil perhatian untuk dikaji ialah Metodologi Tatabahasa Penjanaan dan Transformasi yang terkini, di mana para ulamak bahasa dan penyelidik mendapati metodologi ini mempunyai satu nilai ilmiah yang amat berharga, dan tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja. Mereka seterusnya mengadaptasi metodologi tersebut untuk disesuaikan dengan bidang Linguistik Bahasa Arab. Bagi meneruskan kesinambungan mereka, kajian ini telah muncul bertujuan mengetengahkan satu kajian berkaitan dengan Metodologi Tatabahasa Penjanaan dan Transformasi, dan mengaplikasinya di dalam ayat-ayat suci Al-Quran melalui analisis tatabahasa secara ‘irabiyy (baris dan jenis perkataan) dan tarkibiyy (bentuk dan asal ayat), di samping menerbitkan satu pendekatan baru untuk dilaksanakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab agar menjadi lebih efektif dan interaktif. Penyelidik menggunakan pendekatan kajian analisis deskripsi. Kajian analisis deskripsi bermula dengan proses menghimpun dan memilih maklumat-maklumat daripada sumber-sumber primer dan sekunder, kajian-kajian terdahulu, jurnal akademik dan sumber-sumber lain, dan berakhir dengan proses menyalin maklumat berkaitan secara langsung atau tidak dengan mematuhi tatacara kaedah penulisan ilmiah. Dalam proses aplikasi secara analisis bahasa bagi ayat-ayat suci Al-Quran, penyelidik menggunakan kaedah bercabang (carta secara bercabang) bagi Metodologi Tatabahasa Penjanaan dan kaedah menulis semula ayat bagi Metodologi Tatabahasa Transformasi. Pada akhir kajian, penyelidik mendapati bahawa metodologi ini bukan sahaja satu method analisis tatabahasa terkini dan menarik, bahkan metodologi ini sangat membantu dalam memahami ayat-ayat suci Al-Quran dari segi bahasa dan makna secara lebih mudah dan efisyen. Tambahan lagi, penyelidik juga mendapati metodologi ini amat sesuai diketengahkan dalam menghasilkan pendekatan terkini yang lebih efektif dan interaktif bagi proses pembelajaran dan pengajaran khususnya bagi memahami tatabahasa Arab. Semua ini menunjukkan secara jelas bahawa metodologi ini bukan sahaja sesuai untuk pelajar pengkhususan, bahkan ia adalah satu kemestian bagi mereka dalam usaha menguasai bahasa Arab dengan sebaik mungkin agar kelak akan lahir pakar bahasa yang terbaik pada masa akan datang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Tatabahasa - Chomsky - Tahw iliyy - Taw lidiyy - Transformasi - Penjanaan - Arab - Linguistik - Al quran
Faculty: Centre for Modern Languages and Generic Development
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 27 Jan 2013 16:44
Last Modified: 04 Feb 2013 10:27
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/1233

Actions (login required)

View Item View Item