Seni Silat Kuntau Tekpi di Kedah : Kajian Kes di Baling, Kedah.

Norifazirah Ideris, (2019) Seni Silat Kuntau Tekpi di Kedah : Kajian Kes di Baling, Kedah. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kewujudan seni silat adalah disebabkan oleh kesenian dalam kebudayaan Melayu. Kajian ini dilakukan untuk meneroka sejarah dan perkembangan, menganalisis teknik-teknik yang digunakan dan menghurai cadangan pemuliharaan seni Silat Kuntau Tekpi. Kaedah kajian kualitatif berdasarkan pemerhatian secara terus, temu bual bersama responden dan analisis data dilakukan untuk mendapatkan data dan maklumat yang lebih lengkap. Teori Fungsionalisme digunakan bagi mengenalpasti beberapa fungsi dan disfungsi seni silat dalam mempelajari aspek kebudayaan masyarakat. Hasil kajian mendapati sejarah seni Silat Kuntau Tekpi bermula pada era pemerintahan Kesultanan Melayu Kedah pada tahun 1781. Selain itu, kajian ini turut menemukan seni Silat Kuntau Tekpi mempunyai tiga teknik yang digunakan iaitu teknik tapak, teknik pukulan dan teknik tangkisan. Kesemua teknik ini digunakan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh yang telah lama digunakan oleh masyarakat sebelumnya. Oleh itu, kajian ini mencadangkan penganjuran seminar, dorongan daripada ibu bapa, pendidikan secara formal, mengadakan promosi berkenaan seni silat dan peranan kerajaan perlu dilakukan untuk memulihara seni Silat Kuntau Tekpi.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 17 Aug 2021 06:05
Last Modified: 13 Sep 2021 07:55
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/11716
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item