Persepsi Mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan Terhadap Nasi Ambeng Sebagai Makanan Tradisi Masyarakat Jawa

Rosdi, Fatin Noranneliana (2019) Persepsi Mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan Terhadap Nasi Ambeng Sebagai Makanan Tradisi Masyarakat Jawa. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my/

Abstract

Kajian ini bertujuan meneroka sejarah dan perkembangan masyarakat Jawa di negeri Johor dan menganalisis persepsi mahasiswa UMK Kampus Bachok terhadap pembudayaan makanan tradisi Nasi Ambeng pada masa kini. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti langkah pemeliharaan dan pemuliharaan dalam makanan tradisi Nasi Ambeng di Malaysia. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif iaitu kaedah kepustakaan dan kuantitatif iaitu kaedah soal selidik. Bagi menganalisis persepsi mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan terhadap Nasi Ambeng sebagai makanan tradisi masyarakat Jawa, Teori Persepsi melalui pendekatan Gibson (1989) digunakan. Menerusi pendekatan Gibson (1989), pengamatan yang diberikan oleh mahasiswa dipengaruhi oleh pancaindera sebagai sistem perseptual dan pendekatan ekologi untuk persepsi visual. Terdapat dua faktor utama mempengaruhi mahasiswa iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Hasil kajian mendapati bahawa Nasi Ambeng di bawa masuk oleh masyarakat Jawa ke Tanah Melayu pada abad ke 19. Makanan tradisi tersebut menjadi wadah untuk menerapkan konsep kesepakatan dan perpaduan dalam kekeluargaan dan kemasyarakatan masyarakat Jawa. Selain itu, majoriti responden berpendapat bahawa makanan tradisi Nasi Ambeng dalam masyarakat Jawa perlu diketahui oleh generasi muda sebagai makanan warisan. Selain itu, responden juga benninat mempelajari penyediaan Nasi Ambeng walaupun bukan berasal dalam kalangan masyarakat Jawa. Oleh itu, langkah yang berkesan dalam memelihara dan memulihara hidangan Nasi Ambeng harus dipergiatkan supaya makanan tradisi tidak diancam permodenan dan kekal menjadi identiti budaya masyarakat Jawa.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohammed Faeez Zakaria
Date Deposited: 17 Aug 2021 06:06
Last Modified: 17 Aug 2021 06:06
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/11710
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item