Kajian Motif Ukiran Kayu Dan Keunikan Rumah Demang Abdul Ghani Merlimau,Melaka.

Nurul Afiqah, Rabian (2019) Kajian Motif Ukiran Kayu Dan Keunikan Rumah Demang Abdul Ghani Merlimau,Melaka. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw@umk.edu.my

Abstract

Rumah Demang Abdul Ghani merupakan sebuah rumah yang mempunyai nilai estetika yang sangat tinggi. Rumah Demang Abdul Ghani juga antara rumah yang tertua di Melaka yang terletak di Merlimau. Rumah ini pernah mendapat gelaran Istana Merlimau pada suatu ketika dahulu kerana keindahan seni bina rumah tersebut. rumah yang penuh dihiasi dengan ukiran yang sangat menarik. Keindahan ukiran yang diserikan dengan warna yang cantik dan menarik. Namun begitu, motif ukiran kayu kurang dikenali oleh masyarakat kini terutamanya generasi baru. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengetahui motif ukiran kayu yang terdapat pada rumah Demang Abdul Ghani dengan mengkaji jenis motif ukiran kayu dan pengaruh motif ukiran kayu serta mencari keunikan yang terdapat pada rumah Demang Abdul Ghani. Melalui kajian ini pengkaji menggunakan kaedah kajian kualitatif untuk mendapatkan data-data yang lebih terperinci bagi melengkapkan kajian. Hasil kajian ini pengkaji berjaya mengenal pasti jenis dan pengaruh motif ukiran kayu serta keunikan yang terdapat pada rumah Demang Abdul Ghani. Oleh itu, pengkaji berharap kajian ini dapat menjadi rujukan tentang motif ukiran kayu dan rumah Demang Abdul Ghani untuk mereka yang ingin mengetahui lebih lagi tentang motif ukiran kayu dan rumah Demang Abdul Ghani.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
N Fine Arts > NX Arts in general
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 04 May 2021 02:24
Last Modified: 04 May 2021 02:24
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/11694
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item