Kepentingan dan Cabaran Dalam Pemeliharaan Rumah Sri Saleiwangeng (Memorial Daeng Hadadek)

Nur Hidayanti, Ahmad Berori (2019) Kepentingan dan Cabaran Dalam Pemeliharaan Rumah Sri Saleiwangeng (Memorial Daeng Hadadek). [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw@umk.edu.my

Abstract

Rumah tradisional di Malaysia merupakan salah satu warisan ketara yang mempunyai nilai yang tinggi. Hal ini demikian kerana rumah tradisonal ini membawa bersama nilai warisan kita yang mempunyai nilai keistimewaan yang perlu di jaga untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada generasi akan datang. Rumah Sri Saleiwangeng merupakan rumah tradisional masyarakat Bugis yang perlu diberi perhatian kerana keunikan yang tersendiri dari segi senibinanya. Pemeliharaan rumah Sri Saleiwangeng mempunyai kepentingan dan juga cabaran yang tersendiri. Akhir sekali, adat dan pantang larang masyarakat Bugis semasa pembinaan rumah semakin tidak diamalkan dan tidak diketahui oleh masyarakat kita dan masyarakat Bugis sendiri. Kajian ini menggunakan kaedah kajian temubual, pemerhatian dan juga borang soal selidik yang diedarkan kepada penduduk Kampung Sungai Kuali seramai 59 orang responden. Hasil soal selidik yang dijalankan oleh pengkaji mengenai kepentingan dan juga cabaran dalam pemeliharaan Rumah Sri Saleiwangeng menunjukkan responden bersetuju bahawa pemeliharan rumah Sri Saleiwangeng ini mempunyai kepentingan daripada aspek pendidikan, pelancongan dan juga pengekalan warisan. Akhir sekali, rata-rata responden juga bersetuju mengenai terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi dalam pemeliharaan rumah Sri Saleiwangeng pada masa kini.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
N Fine Arts > NX Arts in general
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 04 May 2021 02:26
Last Modified: 04 May 2021 02:26
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/11692
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item