Kajian Tentang Simbolik Terhadap Persembahan Tarian Kuda Kepang di Kulai, Johor

Muhammad Akmar, Ali (2019) Kajian Tentang Simbolik Terhadap Persembahan Tarian Kuda Kepang di Kulai, Johor. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw.umk.edu.my

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengetahui simbolik yang terdapat didalam persembahan tarian Kuda Kepang. Menerusi kajian ini juga, keistimewaan yang terdapat didalam persembahan Kuda Kepang ini juga dapat diperolehi dan kesesuaian waktu untuk melakukan persembahan tarian ini juga dapat diketahui. Didalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan cara melakukan tinjauan awal ke perpustakaan di Universiti Malaysia Kelantan. Selain itu, pengkaji juga telah melakukan pemerhatian di kawasan kajan iaitu di daerah Kulai, Johor serta telah melakukan sesi temubual untuk tiga orang responden bagi mendapatkan informasi mengenai kajian ini. Kajian ini juga di skopkan hanya di daerah Kulai, Johor kerana daerah ini dikatakan masih lagi bergiat aktif dalam persembahan tarian Kuda Kepang ini. Berdasarkan analisis yang dilakukan mengenai kajian ini, pengkaji mendapati bahawa keistimewaan yang terdapat didalam persembahan tarian Kuda Kepang ini adalah terdapat unsur mistik didalam persembahan tarian Kuda Kepang ini. Hal ini demikian kerana, terdapat beberapa orang penari yang akan mabuk di akhir persembahan dengan berkelakuan aneh menyerupai seperti binatang dan juga makhluk halus. Selain itu juga, kajian ini berjaya merungkai kesesuaian waktu untuk dilakukan persembahan tarian Kuda Kepang ini. Kebanyakan persembahan tarian kuda kepang ini sering dilakukan ketika majlis-maj|lis perkahwinan, berkhatan dan juga pesta-pesta tertentu. Kajian ini juga dapat mengenalpasti simbolik yang terdapat didalam persembahan tarian Kuda Kepang ini. Dapat disimpulkan bahawa setiap pergerakan tarian yang dipersembahkan adalah membawa maksud seakan-akan berperang. Pergerakan seperti mengangkat kaki secara perlahan-lahan ketika persembahan membawa maksud proses mengawal seekor kuda. Bagi pemakaian tarian ini pula adalah berpakaian seperti seorang pahlawan iaitu dengan memakai baju melayu dan juga baju batik Jawa.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: M Music and Books on Music > M Music
N Fine Arts > NX Arts in general
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 04 May 2021 02:34
Last Modified: 04 May 2021 02:34
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/11676
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item