Kajian Pemeliharaan Badak Sumatera Sebagai Salah Satu Warisan Alam Semulajadi Yang Terancam Di Semenanjung Malaysia

Suznan, Aida Syahirah (2019) Kajian Pemeliharaan Badak Sumatera Sebagai Salah Satu Warisan Alam Semulajadi Yang Terancam Di Semenanjung Malaysia. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my

Abstract

Bagi memenuhi keperluan sukatan tahun akhir kursus Pengajian Warisan, suatu kajian telah dijalankan iaitu kajian pemeliharaan badak Sumatera sebagai warisan alam semulajadi di semenanjung Malaysia. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui punca berlakunya pengurangan populasi badak Sumatera dan mengenalpasti usaha yang sesuai bagi memelihara spesies tersebut di sekitar tahun 1970an hingga 1990an. Seterusnya, kaedah kuantitatif dijadikan sebagai sumber utama maklumat diperoleh seperti Laporan Tahunan Jabatan Perhilitan. Aktiviti konservasi yang telah dijalankan adalah konservasi in-situ, konservasi ex-situ, penguatkuasaan, inventori biodiversity dan program kesedaran awam. Kajian ini mendapati bahawa undang-undang yang kurang berkesan terhadap denda bagi pemburu haram tidak memberi kesan yang besar dalam mengatasi masalah tersebut dan pembukaan tanah yang meluas seperti FELDA dan FELCRA. Dengan itu, kajian ini mencadangkan untuk melakukan penguatkuasaan dan pemasangan perangkap kamera untuk mngurangkan penerokaan hutan derta program pengawalan sepenuh masa di Rezab Hidupan Liar Sungai Dusun dan kesedaran masyarakat awam bagi mengatasi masalah pemburuan haram. Seterusnya, mewujudkan keusahawanan social yang menjadi model keusahawanan yang berkaitan denagn kemasyarakatan dan inisiatif masyarakat daninstitusi pengajian tinggi dalam pemeliharaan badak Sumatera. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap hidupan liar selain dijadikan rujukan pada masa akan dating dalam usaha pemeliharaan hidupan liar di Malaysia.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohammed Faeez Zakaria
Date Deposited: 06 May 2021 04:09
Last Modified: 06 May 2021 04:09
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/11673
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item