Kajian Terhadap Perkembangan Rumah Kedai Lama Di Pasir Puteh, Kelantan

Zulkafali, Noor Hafizah (2019) Kajian Terhadap Perkembangan Rumah Kedai Lama Di Pasir Puteh, Kelantan. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my

Abstract

Kajian ini diadakan untuk mengkaji pengaruh senibina yang terdapat pada fasad bangunan rumah kedai, mengetahui fungsi dan peranan bangunan rumah kedai pada masa dahulu dan pada masa kini dan mengenalpasti kepentingan pemeliharaan warisan senibina bangunan rumah kedai. Lokasi yang dijadikan sebagai kajian kes di Pasir Puteh Kelantan. Kajian ini berbentuk kualitatif yang bersumberkan primer dan sekunden Tiga kaedah diaplikasikan ke dalam kajian ini iaitu kajian perpustakaan, pemerhatian dan temubual. Data yang diperolehi dianalisis dan dirumus untuk mencapai objektif kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa adanya pengaruh senibina pada fasad bangunan rumah kedai. Bagi fungsi dan peranan bangunan rumah kedai pada masa dahulu dan kini antaranya dijadikan sebagai tempat tinggal dan dijadikan sebagai tempat untuk menjalankan perniagaan. Bagi kepentingan pemeliharaan senibina bangunan rumah kedai adalah dapat membentuk imej dan identiti bandar warisan, penyumbang kepada sektor pelancongan, nilai senibina yang tinggi dan sebagai bahan bukti sejarah peristiwa lepas. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat dijadikan panduan alternatif bagi pembinaan rumah kedai baru pada masa hadapan yang bercirikan rekabentuk rumah kedai lama, sebagai model untuk pembinaan bangunan warisan dan juga sebagai sumber rujukan kepada institusi, golongan penyelidik termasuk juga kepada gnerasi muda yang akan datang.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohammed Faeez Zakaria
Date Deposited: 06 May 2021 04:09
Last Modified: 06 May 2021 04:09
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/11672
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item