Peleraian Konflik Melalui Pendekatan Dakwah Dalam Drama Terpilih Noordin Hassan

Abu Hassan Shaari, Nor'ain (2019) Peleraian Konflik Melalui Pendekatan Dakwah Dalam Drama Terpilih Noordin Hassan. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my

Abstract

Kajian ini menumpukan penganalisisan terhadap drama terpilih Noordin Hassan iaitu drama "1400" dan "Jangan Bunuh Rama-rama" yang melihat kehidupan manusia dan lingkungan sosialnya serta ketakwaannya kepada Allah. Analisis berdasarkan drama yang berjudul "1400" dan "Jangan Bunuh Rama-rama" karya Noordin Hassan menerusi pendekatan Dakwah. Pendekatan ini adalah kaedah yang digunakan bagi melihat sastera sebagai wadah untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan seseorang insan terhadap Allah SWT. Fokus kajian ini adalah persoalan yang berkaitan dengan kebesaran Allah dan Islam. Hasil kajian mendapati persoalan agama seperti kebebasan beragama, penerapan aspek nilai-nilai Islam, dakwah Islamiah dan kebenaran Islam terpancar dalam karya serta konflik masyarakat yang berlaku. Drama ini mampu menjadi alat untuk mengembangkan nilai Islam yang berlandaskan al-Quran dan hadis yang membawa kebaikan kepada pembangunan manusia. Kajian juga mendapati fenomena masyarakat dalam drama yang melibatkan hubungan sesama manusia dan dengan alam persekitarannya.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohammed Faeez Zakaria
Date Deposited: 06 May 2021 05:03
Last Modified: 06 May 2021 05:03
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/11660
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item