Gua-gua batu kapur di negeri kelantan dari segi perspektif arkeologi

Velu, Ganesan (2019) Gua-gua batu kapur di negeri kelantan dari segi perspektif arkeologi. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my

Abstract

Penyelidikan arkeologi iaitu kajian mengenai gua-gua batu kapur dari segi perspektif arkeologi sememangnya dianggap sebagai salah satu displin ilmu yang masih baru di negara kita. Oleh itu, pengkaji telah memilih bidang arkeologi tersebut sebagai pilihan tajuk tesis pengkaji. Kajian berkaitan dengan gua-gua batu kapur dari segi perspektif arkeologi di Malaysia sememangnya masih lagi baru dan kurang diselidik. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah menetapkan tajuk kajian berkaitan dengan gua-gua batu kapur dari segi perspektif arkeologi dan ini meliputi beberapa aspek seperti nama, sejarah, lokasi, kejadian gua, ciri-ciri serta kegunaan gua pada zaman prasejarah. Kajian ini juga menggunakan kaedah-kaedah kualitatif dimana kajian ini merupakan nilai-nilai data yang dikategorikan sebagai data bukan berangka. Dalam penyelidikan ini, pengkaji mendapatkan maklumat kajian melalui kaedah temuramah, kajian teks di perpustakaan yang merangkumi kaedah merekod, internet, rujukan melalui buku-buku dan lawatan ke tapak kajian (Gua Cha). Bagi mengelakkan kepupusan dan kemusnahan bukti arkeologi terhadap peninggalan data sejarah sememangnya salah satu daripada tugas yang agak rumit. Langkah pemuliharaan yang sesUai perlulah dibuat bagi mengelakkan kepupusan dan kemusnahan terhadap peninggalan sejarah. Selain itu, persoalan berkaitan sejarah, lokasi, pembentukan dan CiriCiri serta kegunaan gua batu kapur dari perspektif arkeologi ini perlulah dikaji bagi menjamin keunggulan dan kejayaan penyelidikan yang akan datang.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohammed Faeez Zakaria
Date Deposited: 06 May 2021 05:11
Last Modified: 06 May 2021 05:11
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/11658
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item