Suara-Suara Minoriti Dalam Novel Profesor Karya Faisal Tehrani: Satu Bacaan Kajian Subaltern.

Siti Nabila Mohd Sidek, (2019) Suara-Suara Minoriti Dalam Novel Profesor Karya Faisal Tehrani: Satu Bacaan Kajian Subaltern. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Malaysia merupakan salah sebuah negara 'dunia ketiga' yakni negara yang pernah dijajah oleh kuasa asing. Wanita dunia ketiga sering dinafikan hak mereka bukan sahaja melalui kuasa politik dan sosial malah juga mereka berada dibawah penguasaan sistem patriarki. Oleh itu kajian ini telah mengupas suara-suara minoriti khususnya golongan wanita yang terdapat dalam novel Profesor karya Faisal Tehrani. Kajian ini adalah berdasarkan dua objektif utama iaitu menganalisis novel Profesor dalam mengeluarkan kedudukan golongan minoriti dengan menggunakan kajian subaltern serta membincangkan daya kreativiti Faisal Tehrani dalam membawa isu global dalam novel Profesor.Seterusnya kajian ini juga telah mengaplikasikan kajian subaltern oleh Gayatri Chakravorty Spivak melalui eseinya Can The Subaltern Speak.? Kajian ini merangkumi aspek golongan wanita yang sering ditindas dalam kehidupan sosial. Perbezaan keinginan seksualiti homoseksual (lesbian) juga menyebabkan kedudukan mereka turut dinafikan oleh segelintir masyarakat. Oleh itu, kajian subaltern ini telah membantu dalam menganalisis kedudukan golongan minoriti sama ada mereka mampu bersuara atau tidak. Melalui kajian subaltern ini juga, khalayak atau pembaca dapat mengetahui bentuk penindasan yang berlaku ke atas watak wanita di dalam novel Profesor serta tindakan yang diambil oleh wanita-wanita tersebut untuk bebas daripada ditindas.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 06 May 2021 05:14
Last Modified: 13 Sep 2021 08:25
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/11655
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item