Ruang Peribadi Wanita Dalam Cerpen Terpilih Oka Rusmini: Satu Bacaan Ginokritik

Hamdani, Syaheeda (2019) Ruang Peribadi Wanita Dalam Cerpen Terpilih Oka Rusmini: Satu Bacaan Ginokritik. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my

Abstract

Kajian ini mengupas tentang ruang peribadi wanita sebagai suatu tempat yang merujuk kepada kepunyaan wanita dari sudut pengalaman, kehidupan sosial, kesusasteraan dan pilihan yang bersifat politikal tanpa ada campurtangan lelaki. Penelitian tentang ruang ini dijelaskan dalam karya Oka Rusmini iaitu cerpen 'Ketika Perkahwinan Harus Dimulai' dan 'Sepotong Kaki'. Kedua-dua cerpen ini memaparkan watak wanita yang pelbagai. Penelitian dilakukan menggunakan teori feminisme khususnya teori ginokritik yang dipelopori oleh Elaine Showalter dari sudut konteks budaya dan psikologi. Berdasarkan analisis yang dilakukan, pemikiran yang disampaikan oleh Oka Rusmini sebagai wanita Bali banyak dipengaruhi oleh budaya persekitaraannya apatah lagi budaya Bali mementingkan tradisi kasta. Tradisi ini akan mempengaruhi kehidupan wanita dan cara wanita tersebut membebaskan dirinya daripada sistem patriarkal. Hal ini juga termasuk daripada sudut psikologi kerana pengalaman dan latar belakang pengarang akan berhubungkait antara satu sama lain menjadikan pencitraan karya Oka Rusmini berbeza dengan penulis wanita lain. Ruang peribadi wanita menjadi suatu subjek utama dalam tindakan terhadap emansipasi wanita dalam karya menjadikan wanita sebagai watak yang mandiri dan melawan kepada sistem patriarkal. Pencitraan Oka Rusmini dalam karyanya mendapati bahawa membawa suara wanita yang seimbang sebagai yang tertindas dan juga melawan penindasan. Rencam perwatakan yang dipaparkan menyebabkan penulisan Oka Rusmini membawa keunikkannya yang tersendiri.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohammed Faeez Zakaria
Date Deposited: 06 May 2021 05:12
Last Modified: 06 May 2021 05:12
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/11653
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item