Analisis Cerpen Terpilih Karya Zurinah Hassan Menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu.

Naizalaila Mustapha, (2019) Analisis Cerpen Terpilih Karya Zurinah Hassan Menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Nilai kemasyarakatan merujuk kepada nilai yang baik iaitu positif dan nilai buruk ataupun negatif yang terdapat dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Hal ini kerana nilai positif dan nilai negatif ini sering diamalkan, dihayati, dimiliki oleh sebahagian anggota masyarakat. Kajian ini menggunakan cerpen "Dari Hari Ke Hari" dan "Pulangnya Pemuja Ombak" karya Zurinah Hassan. Kajian in juga berdasarkan dua objektif utama iaitu mengenal pasti nilai-nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam cerpen-cerpen terpilih karya Zurinah Hassan. Kajian ini dilakukan kerana ia boleh dijadikan teladan dan pengajaran dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Objektif kedua kajian ini ialah menganalisis cabaran-cabaran yang berlaku dalam cerpen-cerpen terpilih demi mencapai sebuah matlamat. Dalam hal ini dengan adanya kajian sebegini ia akan memberi semangat atau menaikkan semangat kesabaran dan ketabahan yang perlu dihadapi dalam mencapai sesebuah matlamat atau tujuan kerana dalam kehidupan amat memerlukan tujuan. Tanpa tujuan dalam kehidupan maka sesebuah kehidupan itu akan huru-hara dan musnah. Kajian ini menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu iaitu menerusi pendekatan kemasyarakatan. Dalam cerpen ini terdapat banyak nilai-nilai kemasyarakatan yang dapat membentuk dan melahirkan masyarakat yang dituntut oleh Islam itu sendiri dan dapat membentuk masyarakat yang kuat dan gigih dalam mencabar sesebuah matlamat sekaligus mendatangkan faedah kepada diri sendiri mahupun masyarakat.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 06 May 2021 05:12
Last Modified: 14 Sep 2021 00:49
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/11651
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item