Pemuliharaan Rumah Melayu Tradisional: Tradisi Angkat Rumah

Azizan, Hanis Azira (2019) Pemuliharaan Rumah Melayu Tradisional: Tradisi Angkat Rumah. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my

Abstract

Pemuliharaan merupakan satu cabang daripada bidang konservasi yang meluas. Pemuliharaan juga dikelaskan kepada pelbagai bidang dan salah satu antaranya adalah pemuliharaan terhadap struktur bangunan. Bangunan merupakan struktur yang dibangunkan hasil gabungan kerangka utama daripada tiang, dinding dan bumbung. Gabungan hasil tiga kerangka utama tersebut akan menghasilkan pelbagai bentuk bangunan seperti kayu, batu, dan konkrit bergantung kepada bahan yang digunakan dalam proses pembinaan. Rumah-rumah Melayu tradisional adalah antara struktur bangunan yang telah mengalami proses konservasi pemuliharaan. Kajian ini, mengetengahkan konsep pemuliharaan berdasarkan tradisi atau suatu aktiviti yang diwariskan daripada generasi terdahulu. Tradisi mengangkat rumah adalah kaedah yang telah digunapakai oleh masyarakat Melayu dahulu yang bersesuaian dan relevan dengan konsep pemuliharaan bangunan pada masa tersebut. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendokumentasi secara jelas berkaitan sejarah atau permulaan tradisi ini mula direkodkan secara bertulis. Disamping itu, kajian ini juga akan merungkai aspek spiritual yang melatari tradisi ini dari segi amalan dan kepercayaan berkaitan tradisi mengangkat rumah. Aspek teknikaliti dari sudut tatacara gerak kerja tradisi ini dijalankan juga akan disertakan secara jelas dengan menggunakan gambar dan lukisan. Diakhir kajian ini, akan dijelaskan secara ilmiah dan berautoriti bagaimana tradisi mengangkat rumah ini dikaitkan sebagai salah satu kaedah dalam pemuliharaan bangunan secara tradisional dengan merujuk kepada Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan, 2016.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohammed Faeez Zakaria
Date Deposited: 06 May 2021 05:14
Last Modified: 06 May 2021 05:14
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/11649
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item