Pemasangan Kemudahan Asas Bangunan Dalam Aspek Pemuliharaan Bangunan Warisan

Saili@Suhaili, Sofia (2019) Pemasangan Kemudahan Asas Bangunan Dalam Aspek Pemuliharaan Bangunan Warisan. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my

Abstract

Kajian ini akan membincangkan maklumat berkaitan dengan pemasangan kemudahan asas bangunan pada bangunan warisan. lanya bertujuan untuk mencari kaedah yang wajar digunakan bagi menjalankan kegiatan ini supaya dapat meminimakan gangguan ke atas bangunan warisan- Tinjauan ini dijalankan ke atas dua buah bangunan warísan yang terdapat di kawasan timur, semenanjung Malaysia. Dalam pada itu, kajian ini juga membincangkan jenis — jenis kemudahan asas yang wajar untuk dipasang pada bangunan warisan berdasarkan kepentingan bangunan tersebut terhadap masyarakat. Hal ini berikutan kerana, pergerakan arus semasa telah mengubah jenis kemudahan bangunan ini agar ianya seiring dengan keperluan semasa- Oleh yang demikian bagi menyelaraskan fungsi bangunan warisan ini agar dapat bergerak seiring dengan bangunan moden yang lain, pemasangan kemudahan asas bangunan ini harus dijalankan ke atas bangunan warisan. Pemasangan kemudahan asas ini ke atas bangunan warisan secara tidak langsung dapat memelihara bangunan warisan daripada dimusnahkan berikutan usianya yang lama serta tidak digunakan. Maka dengan itu, pemeliharaan bangunan warisan dapat dijalankan dengan jayanya.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohammed Faeez Zakaria
Date Deposited: 06 May 2021 05:15
Last Modified: 06 May 2021 05:15
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/11648
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item