Kesenian Warisan Negeri Pahang : Dikir Rebana.

Muhammad Razi Mt Ali, (2019) Kesenian Warisan Negeri Pahang : Dikir Rebana. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Khazanah kesenian negeri Pahang merupakan sesuatu yang sangat mempersonakan dan mengasyikkan yang mampu menarik pelancong luar ataupun dalam negara. Salah satu kesenian warisannya adalah Dikir Pahang. Dikir Rebana Pahang merupakan suatu seni persembahan yang sangat terkenal di Tanah Melayu terutamanya di negeri Pahang. Selain itu, kesenian ini juga dapat menarik perhatian umat Islam di negara ini khususnya negeri Pahang. Dikir Pahang terbahagi kepada dua jenis iaitu Dikir Maulud dan Dikir Rebana. Kajian ini adalah berdasarkan tiga objektif iaitu untuk mengkaji tentang sejarah dan perkembangan Dikir Rebana di negeri Pahang, mengkaji bentuk persembahan Dikir Rebana dan mengenalpasti persediaan awal sebelum permainan Dikir Rebana dimainkan. Bagi memudahkan kajian, kaedah kualitatif digunakan iaitu secara temubual dan pemerhatian serta kepustakaan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa, permainan tersebut masih relevan sehingga kini apabila masih ada generasi yang memainkan Dikir Rebana ini. Selain itu, Dikir Rebana juga mempunyai kronologi sejarah yang unik yang menceritakan asal usul kemunculan permainan tersebut. Hasil dapatan kajian juga membuktikan bahawa Dikir Rebana ini mempunyai pelbagai bentuk persembahan dan beberapa persediaan yang perlu dilakukan sebelum mempersembahkannya.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 06 May 2021 05:17
Last Modified: 13 Sep 2021 08:23
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/11645
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item