Penglibatan Komuniti Setempat dalam Pelancongan Warisan : Kajian di Pekan, Pahang.

Nurul Ain Nadia Ahmad Zubaidi, (2019) Penglibatan Komuniti Setempat dalam Pelancongan Warisan : Kajian di Pekan, Pahang. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Malaysia adalah sebuah negara unik yang memiliki kepelbagaian jenis kaum dan budya, secara tidak langsung mengeksploitasi keunikan dan keindahan warisan semulajadinya untuk dikomersialkan. Justeru itu, ideologi untuk membangunkan aktiviti pelancongan berasaskan warisan merupakan idea yang dilihat sangat relevan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi di sesebuah kawasan warisan seperti di Pekan, Pahang. Kajian ini dibangunkan berdasarkan tiga objektif utama iaitu mengkaji sejarah perkembangan bandar Pekan, Pahang, mengenalpasti keunikan warisan di Pekan, Pahang dan menganalis penglibatan komuniti setempat dalam pelancongan warisan di Pekan, Pahang. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual dan pemerhatian serta kajian kepustakaan. Seramai empat orang responden telah ditemubual secara berstruktur. Hasil dapatan kajian mendapati, pelancongan berasaskan warisan adalah satu bidang yang wajar dibangunkan di Pekan, Pahang. Hal ini kerana Pekan Pahang mempunyai pelbagai keunikan yang tidak didedahkan secara komersial kepada masyarakat luar. Selain itu, pengembangan sejarah pembentukan Pekan juga didapati brpotensi menarik minat pelancong dan masyarakat setempat. Oleh itu, penglibatan komuniti setempat memainkan peranan penting dalam membangunkan dan memastikan kelangsungan sesebuah bandar warisan. Hasil kajian ini juga membuktikan komuniti setempat melibatkan diri dan mengakui kepentingan dalam membangunkan pelancongan warisan di bandar tersebut.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 06 May 2021 05:21
Last Modified: 13 Sep 2021 08:17
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/11643
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item