Konservasi Monumen : Satu Kajian Perbandingan Terhadap Kubu Kebal di Kampung Anak Rhu dengan Kampung Pulau Belongan.

Adam Mad Zain, (2019) Konservasi Monumen : Satu Kajian Perbandingan Terhadap Kubu Kebal di Kampung Anak Rhu dengan Kampung Pulau Belongan. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kubu kebal merupakan sebuah mekanisme pertahanan yang ampuh dan mantap dalam melindungi sesebuah wilayah atau negara daripada serangan pihak musuh. Sebelum tercetusnya Perang Dunia ke-2, di Tanah Melayu pada 7 Disember 1941. Pihak British telah melakukan persiapan awal dengan membina kubu-kubu kebal di kawasan yang penting khususnya di pesisir pantai daerah Bachok, Kelantan. Berdasarkan kajian terdahulu, pengkaji mendapati terdapat lebih 8 buah kubu kebal terutamanya di kawasan Kampung Anak Rhu dengan Kampung Pulau Belongan yang masih elok dan ada diantaranya telah musnah disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti perbandingan yang terdapat pada kubu kebal khususnya di Kampung Anak Rhu dengan Kampung Pulau Belongan serta punca yang menyebabkan kubu kebal tersebut mengalami kerosakan. Selain itu, kajian ini juga ingin merungkaikan kepentingan kubu kebal terhadap masyarakat setempat. Justeru itu, pengkaji telah merangka metodologi kajian dengan sistematik bagi mendapatkan maklumat dan data yang sahih dan tepat berlandaskan objektif kajian. Hasil kajian mendapati terdapat sedikit perbezaan dari segi ukuran tinggi rendah, lokasi serta keadaan kubu kebal di Kampung Anak Rhu dengan Kampung Pulau Belongan pada hari ini. Rumusannya, pemeliharaan dan pemuliharaan kubu kebal ini amatlah penting kerana nilai warisan dan sejarah yang dimilikinya dapat dijadikan sebagai sumber rujukan, pendidikan dan penyelidikan khususnya kepada generasi akan datang.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 06 May 2021 05:22
Last Modified: 13 Sep 2021 08:15
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/11641
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item