Kajian Pemuliharaan Bangunan Warisan Terhadap Keaslian Kota Kuala Kedah.

Nursyazwina Izzati Azaki, (2019) Kajian Pemuliharaan Bangunan Warisan Terhadap Keaslian Kota Kuala Kedah. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kota Kuala Kedah, Kedah adalah salah satu bangunan warisan atau monumen yang merupakan aset kepada negara. Bagi mengekalkan bangunan atau monumen warisan ini, pemuliharaan bangunan warisan hendaklah dijalankan untuk menjamin keutuhannya dari segi reka bentuk, keaslian, nilai sejarah dan keseniannya. Sehubungan dengan itu, objektif dalam kajian ini adalah mengkaji sejarah dan perkembangan Kota Kuala Kedah, Kedah. Objektif kedua adalah mengkaji rangka kerja yang telah diterapkan ketika proses pemuliharaan Kota Kuala Kedah manakala objektif ketiga adalah menghuraikan keaslian kota selepas proses konservasi Kota Kuala Kedah, Kedah. Bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan, kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif bagi mendapatkan data yang diperlukan. Data kualitatif diperoleh melalui pemerhatian, temubual serta kajian perpustakaan. Perolehan data melalui kaedah pemerhatian adalah dengan mengambil gambar disekitar Kota Kuala Kedah, Kedah manakala perolehan data melalui temubual adalah daripada pihak pengurusan atau kakitangan Muzium Kota Kuala Kedah, Kedah serta pencarian maklumat daripada hasil kajian terdahulu. Jenis analisis yang digunakan adalah analisis kandungan kualitatif. Hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan proses pemuliharaan Kota Kuala Kedah dilaksanakan mengikut garis panduan dan rangka kerja pemuliharaan bangunan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) yang telah ditetapkan agar fabrik struktur bangunan terus terjaga. Keaslian bangunan juga masih dikekalkan walaupun telah melalui proses pemuliharaan atau restorasi. Keaslian yang masih dikekalkan adalah keaslian dalam bahan binaan, keaslian dalam reka bentuk, keaslian dalam kerja binaan dan pertukangan dan keaslian dalam kedudukan.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 06 May 2021 06:39
Last Modified: 13 Sep 2021 08:13
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/11639
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item