Pemuliharaan Hadrah Sebagai Warisan Tidak Ketara di Negeri Perlis

Ruslim, Hazlin Ashiqah (2019) Pemuliharaan Hadrah Sebagai Warisan Tidak Ketara di Negeri Perlis. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my/

Abstract

Warisan tidak ketara adalah ilmu dan kepakaran yang ditafsir melalui tradisi lisan, nilai-nilai adat dan budaya, bahasa dan persuratan. Hadrah adalah salah satu daripada seni persembahan tradisional yang dipraktikkan di negeri Perlis. Oleh iłu, kajian ini dijalankan untuk meneroka sejarah perkembangan Hadrah di negeri Perlis. Seterusnya untuk menganalisis sumbangan Hadrah dałam masyarakat negeri Perlis dan mencadangkan pemuliharaan Hadrah di negeri Perlis sebagai warisan tidak ketara. Dałam menganalisis sumbangan Hadrah kepada penduduk negeri Perlis, Teori Fungsional Struktural daripada Brinkerhoff dan White (1989) yang menyatakan terdapat tiga pendapat ułama iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi telah digunakan. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kualititif yang melibatkan pengumpulan data melalui pemerhatian, temu bual, analisis maklumat dan nota kajian lapangan. Hasil kajian mendapati bahawa sejarah perkembangan persembahan Hadrah dibawa oleh pedagang Arab. Pada mulanya persembahan ini dipersembahkan di istana-istana, kemudiannya berkembang dałam kalangan rakyat Malaysia. Sumbangan Hadrah kepada penduduk kampung adalah dari segi ekonomi, sosial dan pemuliharaan. Dari segi ekonomi, persembahan ini telah menyumbang kepada pendapatan bagi ahli Kumpulan Setia Jaya. Hal ini demikian kerana mereka kerap menerima undangan untuk membuat persembahan di majlis-majlis keraian. Seterusnya, aktiviti sosial masyarakat setempat dapat diperkukuhkan bukan sahaja melalui persembahan Hadrah tetapi juga melalui persiapan membina bangsal sebelum mempersembahkan Hadrah. Kumpulan Hadrah Setia Jaya telah menghasilkan beberapa rakaman persembahan mereka untuk dijadikan sebagai rujukan generasi akan datang sekali gus meningkatkan aktiviti pemuliharaan bagi persembahan ini. Cadangan pemuliharaan yang dikenalpasti adalah melibatkan pihak kerajaan, media massa, masyarakat, individu dan kajian akan datang untuk memastikan kelestarian Hadrah di negeri Perlis sentiasa terjamin.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Depositing User: Mr. Mohammed Faeez Zakaria
Date Deposited: 21 Apr 2021 06:20
Last Modified: 21 Apr 2021 06:20
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/11630
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item