Adat Gawai Antu Masyarakat Iban Di Bintulu, Sarawak

Anthony, Amelia Sudan (2019) Adat Gawai Antu Masyarakat Iban Di Bintulu, Sarawak. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my/

Abstract

Adat tradisi dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat Iban merupakan antara budaya unik di Malaysia kerana masyarakat ini mempunyai pelbagai pegangan adat yang diwarisi secara turun-temurun. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka scjarah dan perkembangan masyarakat Iban di Sarawak, mengenalpasti adat istiadat dalam melaksanakan Gawai Antu serta mencadangkan pemuliharaan Gawai Antu. Kaedah yang digunakan adalah kaedah kualitatif iaitu pemerhatian, temubual berstruktur terhadap 6 orang responden, kajian kepustakaan dan kajian rintis. Kaedah analisis data yang digunakan ialah kaedah tematik hasil temubual yang telah dipindahkan dalam bentuk transkrip. Teori Fungsionalisme yang dipelopori oleh August Comte, Emile Durkheim dan Herbet Spencer (2002) digunakan sebagai panduan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat Iban di Sarawak terbentuk hasil penghijrahan secara besar-besaran dari daratan Asia iaitu Taiwan, Filipina dan Indonesia. Di Indonesia, suku ini mula memasuki Kalimantan, Indonesia sekitar tahun 1368 hingga 1643 iaitu pada Dinasti Ming serta mejalankan aktiviti perdagangan dan berkahwin dengan orang tempatan. Hal ini menyebabkan asimilasi dan keturunan baharu yang dikenali sebagai suku Dayak. Setelah itu, sekelompok kecil suku Dayak mula mengembara melalui IndoChina ke Sarawak, Malaysia. Selain itu, hasil kajian menemukan fungsi adat Gawai Antu berdasarkan Teori Fungsionalisme ialah fungsi ketara, fungsi tersembunyi dan disfungsi. Fungsi ketara yang terdapat dalam adat Gawai Antu merangkumi aspek pelaku iaitu pihak berkepentingan yang terlibat dalam melakukan persediaan dan melaksanakan upacara ritual. Fungsi tersembunyi yang terdapat adat Gawai Antu merujuk kepada tujuan utama perayaan ini dilakukan, unsur-unsur ritual dan pemujaan sepanjang pelaksanaan dalam beberapa upacara wajib yang terdapat dalam Gawai Antu. Manakala disfungsi pula lebih kepada tanggapan dan penerimaan masyarakat umum berkaitan adat Gavai Antu. Oleh itu, hasil kajian ini mencadangkan 3 langkah pemuliharaan adat Gawai Antu iaitu peranan golongan tua, peranan generasi muda dan peranan pihak berkepentingan.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohammed Faeez Zakaria
Date Deposited: 21 Apr 2021 06:21
Last Modified: 21 Apr 2021 06:21
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/11629
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item