Keberkesanan Penggunaan Teknologi Multimedia Dalam Pameran Koleksi di Muzium Negara Kuala Lumpur.

Dayang Alyani Nazirah Hassan, (2019) Keberkesanan Penggunaan Teknologi Multimedia Dalam Pameran Koleksi di Muzium Negara Kuala Lumpur. [Undergraduate Final Year Project Report] (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Penggunaan teknologi ini telah banyak digunakan dalam pelbagai bidang termasuklah dalam bidang permuziuman. Di dalam zaman yang serba canggih dengan teknologi ini, sesuatu bidang itu tidak boleh mengatakan tidak kepada penggunaan teknologi multimedia ini. Hal ini kerana, kemajuan serta tarikan kepada sesuatu yang ingin kita sampaikan itu juga turut bergantung kepada penggunaan kita kepada aplikasi teknologi ini. Penggunaan teknologi ini turut digunakan dalam bidang permuziuman dalam kaedah pameran koleksi dan artifak. Penggunaan teknologi multimedia juga semakin berjinak digunakan di dalam kaedah pameran koleksi di muzium-muzium Malaysia. Antara muzium yang menggunakan aplikasi teknologi multimedia ini adalah Muzium Negara di Kuala Lumpur. Jika dilihat, sesebuah muzium yang banyak mengaplikasikan penggunaan teknologi multimedia ini akan lebih ramai menarik minat pengunjung untuk datang melawat. Jumlah pelawat yang datang ke muzium tersebut turut menggambarkan kepada keberkesanan penggunaan teknologi multimedia ke dalam muzium tersebut. Hal ini dapat dilihat dalam kajian pengkaji tentang keberkesanan penggunaan teknologi multimedia dalam pameran koleksi di Muzium Negara di Kuala Lumpur. Objektif yang terdapat dalam kajian ini adalah yang pertama, mengenalpasti jenis-jenis teknologi multimedia dalam pameran koleksi yang digunakan di muzium Negara Kuala Lumpur. Kedua, menerangkan kepentingan teknologi multimedia dalam penggunaan pameran koleksi di muzium dan objektif yang terakhir adalah mengkaji keberkesanan penggunaan teknologi multimedia dalam pameran koleksi di muzium Negara dengan melihat kepada beberapa aspek yang digariskan. Perkara ini dapat dikenalpasti keberkesanan penggunaannya dengan kaedah kajian rekabentuk gabungan daripada kualitatif dan kuantitatif iaitu dengan mendapat jawapan daripada hasil analisis responden terhadap penggunaan teknologi multimedia dalam muzium tersebut di mana melihat kepada penggunaan aplikasi teknologi multimedia di dalam Muzium Negara akan lebih menarik minat pelawat untuk datang melawat.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 09 May 2021 03:40
Last Modified: 13 Sep 2021 08:04
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/11623
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item