Hubungan manusia dengan haiwan dalam warisan perubatan dan kepentingan haiwan dalam aspek pemakanan dan kesihatan manusia

Wan Zahari Mohamed, and R. Mohd Hamim , and A. Abdul Rahman, (2012) Hubungan manusia dengan haiwan dalam warisan perubatan dan kepentingan haiwan dalam aspek pemakanan dan kesihatan manusia. In: Seminar Kebangsaan Warisan Perubatan, 26 - 27 Dis 2012, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Paper 1.pdf

Download (348kB) | Preview

Abstract

Hubungan manusia dengan haiwan jelas dilambangkan dalam kitab suci Al-Quran. Riwayatnya diperturunkan untuk menyedari manusia supaya beramal baik dalam kehidupan. Pelbagai jenis haiwan atau anggota haiwan digunakan sebagai bahan untuk perubatan di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia sehingga menjadi satu warisan sehingga sekarang. Keakraban hubungan manusia dengan beberapa jenis haiwan kesayangan memang sudah diketahui ramai. Haiwan-haiwan seperti kucing, anjing, kuda, bahkan ikan akuarium menjadi pilihan manusia sebagai haiwan kesayangan. Haiwan-haiwan ini memberi keseronokan, keriangan dan sentuhan kasih sayang yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan seseorang, baik dari segi hubungan sosial, perlakuan, emosi dan fizikal. Banyak penyelidikan telah dijalankan untuk mengkaji faedah-faedah yang diperoleh daripada interaksi antara haiwan kesayangan dengan kesihatan mental, psikologi dan perlakuan pesakit. Sebagai pencetus utama penyakit kardiovaskular dan penyakit-penyakit kronik yang lain, “stress” umpamanya kerap kali dapat diatasi melalui “ sentuhan” daripada haiwan kesayangan ini. Kertas kerja ini akan membincangkan beberapa hasil positif daripada kajian-kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar perubatan, veterinar, psikiatri dan epidemiologi ke atas pesakit-pesakit bagi mengatasi masalah-masalah kesihatan mereka. Hubungan antara makanan yang bersumberkan haiwan dengan kesihatan manusia serta perlunya menjalankan amalan penyembelihan yang baik juga ada dibincangkan. Selain itu, kertas kerja ini akan menyentuh beberapa penyakit berjangkit (zoonosis) yang boleh disebabkan oleh haiwan kesayangan dan syor-syor bagi mengatasinya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Manusia – Ternakan – Kesihatan – Terapi – Zoonosis
Faculty: Faculty of Veterinary Medicine
Depositing User: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 02 Jan 2013 10:50
Last Modified: 06 Jan 2013 15:20
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/1146
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item