Masalah etika di Pusat Rawatan Pesakit Mental : satu kajian pemerhatian langsung (Direct Observation)

Yohan Kurniawan, and Thana Abdullah, (2012) Masalah etika di Pusat Rawatan Pesakit Mental : satu kajian pemerhatian langsung (Direct Observation). In: Regional Conference on Values and Humanities (RECOVH) 2012, 02 - 03 Disember 2012, Dewan Terbuka Keusahawanan, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota , Kota Bharu , Kelantan. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Paper 7.pdf

Download (734kB) | Preview

Abstract

Skizofrenia merupakan keadaan gangguan mental atau emosi yang dialami oleh seseorang. Ciri khas penyakit ini adalah pesakit akan kehilangan tahap kesedaran dan mengalami perubahan personaliti. Selain itu, pesakit biasanya menghadapi keadaan yang tidak logik seperti mendengar suara, berilusi, dan gangguan emosi. Setakat ini kualiti rawatan pesakit Skizofrenia telah bertambah baik, akan tetapi keadaan pesakit tidak menunjukkan perubahan selari. Oleh itu etika dan pengamal perubatan tertarik untuk melihat lebih dekat bagaimana pesakit-pesakit Skizofrenia mendapatkan rawatan. Salah satu isu menarik dan penting untuk dibincangkan adalah etika dalam merawat para pesakit Skizofrenia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pelanggaran etika di Pusat Rawatan Skizofrenia: "AdiTama" di Bandar Gresik, Jawa Timur, Indonesia. Penyelidikan menggunakan kaedah pemerhatian langsung, seramai 9 orang kakitangan pusat yang terlibat; 4 kakitangan perubatan, 5 kakitangan sokongan dan 15 pesakit yang menderita Skizofrenia. Para pesakit yang terlibat dalam kajian ini adalah pesakit yang pernah menjalani rawatan di hospital sakit mental, tetapi belum pulih sepenuhnya. Kajian menunjukkan terdapat beberapa pelanggaran etika di pusat rawatan iaitu kakitangan (kakitangan perubatan dan sokongan) memandang rendah terhadap pesakit, menjadikan pesakit bahan “permainan”, serta “mendera” mereka secara lisan dan fizikal. Kakitangan di pusat rawatan tersebut mempunyai latar belakang pendidikan dan pengalaman yang berbeza-beza, dan hanya seorang daripada mereka mempunyai pengalaman bekerja di hospital mental sebagai jururawat. Kajian ini menyimpulkan bahawa pelanggaran etika terjadi kerana kekurangan kesedaran dan pemahaman mengenai etika dalam merawat pesakit mental

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Pelanggaran etika - Kekurangan kesedaran dan pengetahuan di kalangan kakitangan
Faculty: Centre for Language Studies and Generic Development
Depositing User: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 13 Dec 2012 15:23
Last Modified: 04 Feb 2013 11:41
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/1081
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item