Zakat : penjernihan semula kekeliruan makna nilai kesederhanaan - sorotan dari aspek pencarian dan perbelanjaan harta

Noor Hisham Md Nawi, (2012) Zakat : penjernihan semula kekeliruan makna nilai kesederhanaan - sorotan dari aspek pencarian dan perbelanjaan harta. In: Regional Conference on Values and Humanities (RECOVH) 2012, 02 - 03 Disember 2012, Dewan Terbuka Keusahawanan, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota, Kota Bharu , Kelantan. (Unpublished)

[img]
Preview

Download (346Kb) | Preview

Abstract

Konsep dan makna nilai kesederhanaan seringkali digunakan oleh pelbagai pihak menurut konteks kefahaman, situasi dan keperluan diri atau kelompok tertentu yang belum tentu memancarkan maknanya yang asal. Justeru, penggunaannya sering dieksploitasi yang menyebabkan maknanya menjadi kacau dan keliru. Setiapnya mendakwa inilah makna kesederhanaan sebenar yang dicari-cari sementara selain daripadanya adalah ekstrim atau melampau. Lantaran konsep dan nilai ksederhanaan terpakai dalam pelbagai wilayah kehidupan meliputi aspek sosial, politik, ekonomi dan agama, perjernihan semula maknanya adalah sesuatu yang amat diperlukan dan signifikan. Penulisan ini hanya menyorot satu aspek sahaja sebagai contohan iaitu ekonomi yang menjurus kepada aspek pencarian dan perbelanjaan harta. Rumusan menunjukkan bahawa kesederhanaan adalah keseimbangan dan jalan pertengahan dengan memberikan setiap perkara akan haknya dengan kadar yang paling wajar. Kesederhanaan tidak hanya ditentukan oleh wasilah atau bentuk luaran seperti kuantiti dan bentuk harta bahkan hakikatnya banyak ditentukan oleh faktor niat dan tujuan. Meskipun warna zahir sederhana itu mungkin berlainan dan beragam menurut tahap keilmuan, kerohanian, bebanan tanggungjawab yang dipikul dan kesanggupan serta keperluan konteks yang berbeza-beza, namun intipati maknanya tetap sama dan utuh

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Nilai kesederhanaan - Pelampauan - Pencarian harta - Perbelanjaan harta - Keseimbangan
Faculty: Centre for Modern Languages and Generic Development
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 13 Dec 2012 13:06
Last Modified: 13 Dec 2012 13:06
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/1076

Actions (login required)

View Item View Item