Salahlaku seks : kajian melalui kisah nabi Yusuf dan nabi Lut dalam al-quran

Nik Yusri Musa, and Ahmad Murshidi Mustapha, (2012) Salahlaku seks : kajian melalui kisah nabi Yusuf dan nabi Lut dalam al-quran. In: Regional Conference on Values and Humanities (RECOVH) 2012, 02 - 03 Disember 2012, Dewan Terbuka Keusahawanan, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota , Kota Bharu , Kelantan. (Unpublished)

[img]
Preview

Download (390Kb) | Preview

Abstract

Gejala salahlaku seks samada dalam kalangan remaja atau dewasa di era kemodenan ini makin berleluasa. Bahkan boleh dikatakan di setiap peringkat lapisan masyarakat berlakunya gejala ini. Permasalahan ini bukan sahaja berlaku di negara kita Malaysia, akan tetapi meratai keseluruh dunia. Cuma perspektif terhadap seks ini berbeza mengikut bangsa dan negara. Penilaian agama Islam lebih terperinci apab ila melibatkan hal seumpama ini kerana penjagaan dan pengawasan kepada unsur nasab keturunan adalah perkara yang besar dan penting. Kajian ini dikemukakan bagi mengenalpasti faktor berlakunya salahlaku seks di zaman nabi Yusuf dan nabi Lut. Kajian ini juga tertumpu kepada kaedah penyelesaian yang diambil oleh kedua-dua orang nabi berkenaan bagi menangani gejala salahlaku seks pada zaman mereka. Diharap melalui kajian ini, permasalahan salahlaku seks di negara kita dapat dibendung dan dibasmi bagi kesejahteraan ummah dan negara

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Faculty: Centre for Modern Languages and Generic Development
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 13 Dec 2012 13:00
Last Modified: 04 Feb 2013 10:12
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/1075

Actions (login required)

View Item View Item