Keberkesanan pembelajaran inkuiri terbimbing : alternatif penyelesaian krisis nilai

Noor Hisham Md Nawi, and Adi Syahid Mohd Ali, and Sudirman Abd Fatah, (2012) Keberkesanan pembelajaran inkuiri terbimbing : alternatif penyelesaian krisis nilai. In: Regional Conference on Values and Humanities (RECOVH) 2012, 02 - 03 Disember 2012, Dewan Terbuka Keusahawanan, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota , Kota Bharu , Kelantan. (Unpublished)

[img]
Preview

Download (256Kb) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mengunakan kaedah pembelajaran secara inkuiri terbimbing (PIT) dalam pembelajaran akidah berbanding pembelajaran secara konvensional (PK). Kesan pembelajaran ini difokuskan kepada pencapaian akademik yang menguji tahap kefahaman subjek. Kajian ini mengunakan kaedah penyelidikan kuantitatif secara eksperimen yang melibatkan 49 orang pelajar. Instrumen kajian yang digunakan ialah Ujian Kefahaman Aqidah yang digunakan untuk para ujian dan pasca ujian. Seramai 25 orang subjek dipilih secara rawak untuk mengikuiti pembelajaran aqidah mengunakan PIT dan 24 orang mengikuti pembelajaran secara PK. Data dianalisis menggunakan program IBM SPSS Versi 20. Statistik inferensi digunakan iaitu Ujian-t bagi menguji hipotesis pada aras signifikan p < 0.05. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap markah pencapaian pelajar dalam pembelajaran aqidah di antara kedua-dua pendekatan selepas rawatan dijalankan. Kajian ini menunjukkan bahawa PIT berupaya meningkatkan pencapaian dan kefahaman pelajar dalam pembelajaran aqidah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Pendekatan inkuiri terbimbing - Pengajaran dan pembelajaran aqidah - Pencapaian kefahaman aqidah
Faculty: Centre for Modern Languages and Generic Development
Deposited By: En. Pahmi Abdullah
Date Deposited: 13 Dec 2012 12:14
Last Modified: 13 Dec 2012 12:15
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/1070

Actions (login required)

View Item View Item