Melestarikan elemen Melayu Islam dalam fesyen pakaian masyarakat Melayu

Ismail, Norulzaila and Yusuff, Nur Azuki and Che Daud, Burhan (2019) Melestarikan elemen Melayu Islam dalam fesyen pakaian masyarakat Melayu. INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 2 (1). pp. 74-84. ISSN 2637-0360

[img]
Preview
Text
Melestarikan Elemen Melayu Islam Dalam Fesyen Pakaian Masyarakat Melayu.pdf

Download (283kB) | Preview

Abstract

Dinamisme pakaian masyarakat Melayu telah melalui era perubahan yang pelbagai dan wujud pengaruh luar seperti barat dan Korea dalam gaya pemakaian tersebut yang dilihat bertentangan dengan perspektif tuntutan Agama Islam dan identiti Melayu. Objektif kajian ini dijalankan bagi melestarikan dan mencadangkan elemen-elemen Melayu Islam dalam amalan pemakaian. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan. Antara elemen yang dilestarikan ialah elemen nilai dan prinsip, bentuk, gaya, hiasan, jenis pakaian, struktur dan fabrik. Cadangan untuk melestarikan elemen Melayu Islam dalam pemakaian iaitu pereka fesyen harus mendalami dan mempelajari ilmu yang berkaitan dengan batasan, konsep aurat dan syariat-syariat mengikut agama Islam. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan fesyen muslimah dengan mengekalkan elemen Melayu Islam dalam rekaannya. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) harus mengkaji semula langkah yang terbaik untuk memartabatkan cara pemakaian masyarakat Melayu dengan mewujudkan satu industri yang khusus untuk menghasilkan pakaian yang menepati ciri-ciri Melayu dan Islam dalam rekaanya.

Item Type: Non-Indexed Article
Uncontrolled Keywords: Pakaian ; Masyarakat; Melayu; Islam; Lestari; Elemen
Faculty: Centre for Language Studies and Generic Development
Depositing User: Pn. Norhayati Nordin
Date Deposited: 15 Jul 2019 04:10
Last Modified: 16 Oct 2019 09:28
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10678
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item