Kaedah penyelidikan Islam bersepadu: pencarian kebenaran dan keberkatan ilmu

Noor Hisham Md Nawi, and Burhan Che Daud, (2019) Kaedah penyelidikan Islam bersepadu: pencarian kebenaran dan keberkatan ilmu. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 4 (19). pp. 84-96. ISSN 0128-1755

[img]
Preview
Text
JISED-2019-19-03-07_Hisham & Burhan.pdf

Download (215kB) | Preview

Abstract

Penyelidikan adalah satu wasilah untuk mencari kebenaran. Pencarian kebenaran melalui penyelidikan dipengaruhi oleh epistemologi penyelidik kerana setiap pengkaji membawa bersamanya pandangan alam atau falsafah tertentu terhadap ilmu. Pada masa kini, budaya kesarjanaan arus perdana dipengaruhi faham sekularisme dan dualisme yang meletakkan asas pertimbangan kepada untung-rugi atau kenaikan pangkat; bukannya nilai dan keberkatan ilmu yang memberi manfaat kepada kemajuan ummah. Penyelidik muslim seharusnya mempunyai kaedah penyelidikan tersendiri bagi kesemua disiplin ilmu (sains wahyu, sains tabii, sains sosial dan kemanusiaan) yang mematuhi prinsip ontologi dan epistemologi dalam Islam. Kaedah penyelidikan inilah yang dinamakan sebagai penyelidikan Islam bersepadu yang akan membantu penyelidik mencari kebenaran dan solusi permasalahan umat menurut neraca pandangan alam Islam. Kaedah ini juga akan memimpin penyelidikan untuk mencari kebenaran sejati dan menghasilkan korpus ilmu baharu yang membawa kesejahteraan kepada bangsa manusia dan alam keseluruhannya. Penulisan ini adalah perkongsian amalan penyelidikan yang sedang diusahakan oleh Jabatan Sains Kemanusiaan, Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan.

Item Type: Non-Indexed Article
Uncontrolled Keywords: Penyelidikan Islam, Kebenaran, Keberkatan, Pandangan Alam
Faculty: Centre for Language Studies and Generic Development
Depositing User: Dr. Burhan Che Daud
Date Deposited: 20 May 2019 02:01
Last Modified: 30 Oct 2019 07:17
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10466
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item