Program Perusahaan Sosial Untuk Pembangunan Ekonomi (SEED) III

Universiti Malaysia Kelantan, PPBPI (2012) Program Perusahaan Sosial Untuk Pembangunan Ekonomi (SEED) III. [Video Gallery]

[img]
Download (2659Mb)
[img]
Download (706Mb)

Abstract

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Majlis Rangkaian Pembelajaran ASEAN (ALN) menganjurkan Program Perusahaan Sosial Untuk Pembangunan Ekonomi (SEED) III bagi meningkatkan taraf hidup ekonomi penduduk setempat. ALN adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang digerakkan oleh beberapa buah Universiti di ASEAN iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK), University of St. Gallen, Switzerland, San Beda College, Filipina; Banking University of Ho Chi Minh City, Vietnam; Prince of Songkla University, Thailand dan Universiti Brunei Darussalam, Brunei. Selepas kejayaan beberapa siri program SEED di Kampung Sri Tujuh, Tumpat kini program tersebut telah dikembangkan ke perkampungan Orang Asli di Kuala Betis, Gua Musang pada 31 Ogos hingga 13 September 2012. Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Dr. Raduan bin Hj. Che Rose berkata, program ini akan membuka ruang dan peluang kepada peserta untuk memasarkan produk penduduk setempat ke kawasan bandar melalui penglibatan dan aktiviti yang dijalankan oleh peserta SEED. Beliau berkata, proram SEED III ini membabitkan lebih 30 peserta termasuk dari UMK, universiti-universiti tempatan dan luar negara seperti Indonesia, Vietnam, Filipina dan Thailand dengan meneroka beberapa buah perkampungan Orang Asli Kaum Temiar pada 4 hingga 11 September 2012. Beliau berkata demikian pada majlis penutup Program Perusahaan Sosial Untuk Pembangunan Ekonomi (SEED) III, di Dewan Terbuka Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 12 September 2012. Program SEED 2012, kali ini mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Nasional (TEKUN), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan SME Bank yang sama-sama mendengar pembentangan peserta pada akhir program tentang projek perniagaan yang berpotensi.

Item Type: Video Gallery
Deposited By: En. Shahrul Afzan Ibrahim
Date Deposited: 11 Dec 2012 17:23
Last Modified: 23 Apr 2013 06:22
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/1041

Actions (login required)

View Item View Item