Watak-watak utama dalam cerita wayang kulit tradisional Kelantan.

Nurunnuha Ghazali, (2014) Watak-watak utama dalam cerita wayang kulit tradisional Kelantan. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw.umk.edu.my

Abstract

Seni persembahan tradisional wayang kulit merupakan salah satu seni yang sangat bermakna kepada masyarakat Melayu terutama di Kelantan.Namun,pada masa kini,wayang kulit semakin diketepikan seolah-olah tidak diperlukan.Keadaan ini berlaku disebabkan masyarakat hari ini terutama generasi muda tidak tahu tentang cerita disebalik wayang kulit Kelantan apatah lagi watak-watak penting yang terdapat dalam cerita tersebut.Oleh kerana itu,rasa kurang minat terhadap wayang kulit timbul dalam kalangan masyarakat.Kajian dijalankan di sekitar daerah Tumpat yang menfokuskan penghuraian lebih jelas tentang asal usul,cerita asli serta watak-watak utama dalam cerita wayang kulit tradisional Kelantan.Hasil kajian ditemui berdasarkan pada kaedah temubual,pemerhatian,data sekunder serta sumber internet.Kajian dijalankan adalah bertujuan untuk menjelaskan secara empirikal watak-watak dalam wayang kulit tradisional Kelantan berdasarkan cerita pokok yang menjadi teras kepada penceritaan dalam pendalangan wayang kulit tradisional Kelantan.Hal ini adalah supaya masyarakat sekarang,khususnya generasi muda mempunyai maklumat yang jelas tentang sejarah dan watak-watak dalam wayang kulit tradisional Kelantan.Melalui hasil kajian,dapat dilihat bahawa gambar wayang kulit mampu menjadi produk komersial kepada pelancong sekaligus membawa identiti budaya masyarakat di Kelantan.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 13 Feb 2019 02:47
Last Modified: 25 Feb 2019 06:34
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10210
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item