Homestay kampung Pasir Raja, Terengganu satu pusat pelancongan warisan dan budaya

Muhamad Naufall Abd Kadir, (2014) Homestay kampung Pasir Raja, Terengganu satu pusat pelancongan warisan dan budaya. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw.umk.edu.my

Abstract

Program tinggal bersama (homestay) peringkat negeri Terengganu di Kampung Pasir Raja,Hulu Dungun,Terengganu ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Y.B Dato' Sabaruddin Chik yang merupakan menteri Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada 28 September 1996 bersamaan 15 Jamadilawal 1417H. Kajian ini memfokuskan kepada aktiviti perkampungan budaya melalui Homestay di Kampung Pasir Raja,Dungun,Terengganu.Oleh itu,kajian ini hanya menumpukan kepada warisan budaya setempat yang tidak sama di perkampungan lain serta masih lagi wujud dan menjadi keunikan bagi homestay di perkampungan tersebut.Kajian turut melibatkan beberapa jenis kebudayaan yang terdapat di Kampung Pasir Raja antaranya Tarian Saba,tumbuk emping dan tarian piring. Selain itu,di perkampungan tersebut juga terdapat warisan alam semulajadi yang sangat unik dan mempesonakan setiap mata memandang.Antara warisan tersebut merangkumi tempatnya yang dingin,berkabus dan nyaman ianya turut dihiasi dengan tarikan warisan alam semulajadi seperti Bumbung Raja,Hutan Lipur Chemerong dan tarikan baru yang boleh dimuatkan di dalam program homestay ini untuk dijadikan sebagai destinasi pilihan seperti Taman Biodiversiti Sungai Loh,Lata Lubuk Kain dan Pembangunan Bersepadu Herba Pasir Raja.Kesemua budaya dan warisan alam semulajadi yang terdapat di perkampungan ini perlu dipelihara agar ia terus menjadi lambang atau identiti masyarakat setempat.Masalah dan persoalan kajian yang wujud dalam kajian ini ialah mampukah semua warisan tersebut menarik kedatangan pelancong untuk melawat.Selain itu,ekonomi masyarakat di situ kebanyakannya bergantung kepada aktiviti pertanian dan persoalannya sejauh manakah program homestay ini menjana pendapatan penduduk setempat.Selain itu,dapat mengetahui penerimaan masyarakat terhadap progam ini.Hal ini kerana,kajian yang dilakukan untuk memperkenalkan budaya setempat melalui pelancongan homestay perkampungan budaya.Seterusnya,untuk meningkatkan ekonomi dan menjana pendapatan masyarakat setempat melalui program homestay di Kampung Pasir Raja dan yang terakhir untuk mempromosi dan memberi pengetahuan mengenai kewujudan dan keunikannya kepada masyarakat luar. Kaedah kajian yang telah digunakan telah mengumpul data primer dan sekunder. Soal selidik yang telah dijalankan kepada pelajar Universiti Malaysia Kelantan mendapati bahawa pelajar Institut Pengajian Tinggi bersetuju bahawa program homestay ini dapat mencapai objektif kajian dan menyambut baik program ini.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 13 Feb 2019 02:51
Last Modified: 25 Feb 2019 06:32
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10209
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item