Khasiat dan pemprosesan kelulut : satu kajian kes

Mohamad Aikar Derahman, (2014) Khasiat dan pemprosesan kelulut : satu kajian kes. [Undergraduate Final Year Project Report]

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw.umk.edu.my

Abstract

Perusahaan madu lebah kelulut adalah satu aktiviti yang berpotensi mendapat hasil yang lumayan.Madu lebah kelulut merupakan salah satu makanan yang begitu berkhasiat dan mempunyai antioksida yang tinggi berbanding dengan lebah-lebah yang lain.Lebah kelulut atau nama saintifiknya adalah Trigona spp. dan mempunyai 150 spesis di serata dunia sementara 29 spesies daripadanya boleh ditemui di Malaysia.Meskipun ia tergolong dalam spesis lebah,namun kelulut tidak berbahaya dan tidak menyerang manusia. Keunikan lebah kelulut bukan sahaja bertindak sebagai ejen pendebungaan malah boleh mengumpul madu.Namun begitu lebah kelulut sukar diperolehi kerana berada di dalam hutan.Selain itu juga,masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran kerana mengganggap madu lebah biasa lebih berkhasiat daripada lebah kelulut.Hal ini juga,mempunyai halangan dalam penternakan madu kelulut kerana faktor alam semulajadi dan serangga menyebabkan lebah kelulut meninggalkan sarangnya.Madu kelulut mempunyai banyak khasiatnya antaranya menyembuh penyakit gastrik,luka dalaman dan sebagainya.Dengan menggunakan kaedah kajian temu bual serta perpustakaan melalui analisis dokumen,suatu kajian yang berkaitan dengan khasiat madu kelulut dan cara penternakan madu kelulut.Pengumpulan data berkaitan dengan buku-buku rujukan,jurnal,suratkhabar,risalah dan kajian lepas telah digunakan dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan. Kajian ini melihat perkembangan madu kelulut di Malaysia yang begitu tinggi permintaannya,potensi madu kelulut dan kepentingannya serta cadangan untuk memajukan perusahaan madu kelulut dalam penternakan di Malaysia.

Item Type: Undergraduate Final Year Project Report
Subjects: S Agriculture > SF Animal culture
Faculty: Faculty of Creative Technology and Heritage
Depositing User: Mr. Mohd. Fadzli Ismail
Date Deposited: 13 Feb 2019 02:55
Last Modified: 25 Feb 2019 06:31
URI: http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/10208
Repository Statistic: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item